Wednesday, December 3, 2008

Kampung halaman

1 comments
Hampir seminggu lebih musim cuti2 sekolah aku lalui..hehe..mula2 mmG b0san..tapi lama2 aku makin enj0y saat2 tenang berada drumah..ngee..ngee..layan m0vie, tv, internet..layan game..kah..kah..

Bila aku tgk mbr yg dah start sebok2 keja, pegi interview..mcm jeles p0n ada..tapi mcm x brape jeles sgT p0n ada..haha..bukan apa..aku masih x trase nak terikat lagi..sbb aku mmg tau aku ni payah sikit nak keja bwah org..aku suka org bagi aku keja..dan tau la aku buat keja aku..mula cdg ari 2..nak keja part time pizza ke..ape ke..tapi bila smpai depan kedai 2 jer..kaki aku trus berat nak msuk..hhuhu~sbb aku tgk diorng keja dgn muka yg berhati-hati sgt..isk..aku x nak la muka aku keja dlam ketakutan..apehal..x bahagia aku..stress..dah la aku ni mmg cepat terasa tertekan...

Gaya mmg mcm memilih..tapi kita mmg perlu memilih, bukan ape..kita yang nak keja. Hari2 kita kena lalui benda yang sama. Orang x tau ape yg kita kena lalui...tapi yelah, mana ada keja yang senang dalam dunia nie..tapi aku kata ada. Keja yang ssh..tetap akan jadi senang pada kita bila kita minat nak buat..dgn rela hati. Itu aku, aku x suka org paksa dan push aku buat apa yg aku x suka buat. Senang ckp aku ni mmg degil. Tapi bkn memanjang masa aku degil. aku degil, kalau aku tau apa yang aku nak..dan x payah nak ulang menda yg sama berkali-kali kat telinga aku..time 2, klau aku melenting bukan salah aku.

Uish..psal keja ni, aku nak relax dulu...bukan malas nak keja...tapi kita tunggu dan lihat. rezeki ada kat mana2..kat mmbr aku yg kedekut contact 2..biar la kat dia..bl0m ape2..dah pndai nak ttp periuk nasi 0rg..ssh jugak ada manusia mcm nie..Buat masa ni aku apply jer mana2 yg b0leh aku apply..ada aku dapat 2,3 interview tapi semua kat kL..isk..yg aku apply kat sini x dpt plak..pelik bt0ii..apsal la semua menda nak heret aku ke sana balik? abg aku..si intan ..si sham p0n dok pujuk aku keja sana..ape kejadahnye..sham yg mmg lgsung x rapat ngan aku pujuk aku keja kat kL..ish..ish..siap perli aku apsal buang duit blajar tapi nak keja kat kampung..damn..rezeki ada dmana2..aku ttp yakin..rezeki aku mst ada kat sini. kat celah mana p0n mst aku akan cari jugak..sbb aku dah niat nak lepak sini jer buat masa ni. aku pening dok kL..aku nak ketenangan..sini mcm2 hiburan aku leh cari tanpa buang duit..hahaha~ (ssh leh pau bapak x p0n along..ngee..ngee..)

Lagi pun, ada hal jugak yang buatkan aku perlu berada drumah. Walaupun x banyak yang aku boleh buat..sekurang-kurangnya aku ada. selama 5 tahun aku tinggalkan rumah..aku rasa dah sampai masa aku duduk dulu kat rumah nie. Aku nak tengok adik aku jadi manusia balik. Dah terlalu jauh dia terpesong. Kadang-kadang aku rasa bersalah bila aku selalu x amik tau psal adik aku yang paling bongsu nie. Kenapa dia jadi mcm nie..itu soalan yang paling pelik dan aku x mampu nak jawab.

Kami adik bradik masing2 walaup0n x bgus sgt..tapi kami tetap berjaya jadi manusia, tetap mampu jaga diri sendiri. Berbanding kami semua, dia yang paling djaga, dmanja. Abah aku yang paling garang dengan kami semua boleh berlembut dengan dia dlam mcm2 hal. Hasilnya, macam ni plak jadinya. Nak kata hasil didik agama x cukup, mak aku sendiri yang ajar dia mengaji..di jugak la yang paling rapat dengan mak dan abah. Yelah, anak bongsu..kami semua tiada drumah..dia jelah yang teman mak bapak aku. Pening jugak la bila pikir punca masalah. Pengaruh rakan sebaya mungkin? Salah berkawan, salah jugak jadinya.

Sudahnya, aku tak tau jugak apa akan jadi dengan masa depan adik aku ni. Susah kalau nak tolong dia kalau dia sendri x nak tolong diri sendiri. Aku mintak Allah swt buka kan la pin2 hati adik aku yang s0rang nie. Semoga dia mahu berubah demi kebaikan diri sendiri. Dah terlampau banyak rasanya doa dan air mata mak aku, dah berbakul-bakul rasa kesal yang aku rasa. Semoga usaha aku dan along akan membuahkn hasil.

Saturday, November 29, 2008

bL0m gatal nak kawen laie..~

1 comments
The most b0ring things that would ever do is this..jawab survey..sLalu klu kena jwb survey mmG aku akan pas kepada sape2 Yg rajin membaca dan berfikir s0alan survey..cnThnye seperti cik intan..tapi kerana aku telah ditag apabila tersalah lanGkah masuk ke page si inTan yg mmG terkenal suka menjawaB survey..maka aku terperangkap untuK menjawab survey ini walaupun aku bukan la seoRang manusia Yg suka pikir psal kawen lagi...almaklumlah...ada penYakit "peterpan syndR0me.." i still muda dan cute maa...ad0yai..s0, demi menjaga hati cik inTan nie..maka aku tlg la jWb survey dia Yg x brape nak iLmiah sgt ni la..

1. How old are you?
::sama mcm dia..tapi tua ari sikit..huh~

2. Are you single?
:: single but n0t availabLe...~

3. In what age do you think you'll get married?
:: well..qada dan Qadar...semuaNya ditentukan Dia

4. Do you think you'll be marrying the person you are with now?
:: Qada dan qadar jugak..will never now..

5. If not, who do you want to marry?
:: h0h..jeHan miskin..bwahahaa~

6. Do you want a garden/beach wedding, or the traditional wedding?
:: hmm..garDen is nice..Klu nak wat beacH wedding..baik aku selam dLam air trus..baru Gempak beb..panGGil wanita hari ini c0ver..perghh..femes aku..bwahaha~

7. Your ideal motif?
:: hmm...motif apekah? kaler ke...putih l0r..dengan ijo...ngee..ngee...

8. Where do you plan to go on a honeymoon?
:: naIm kata kaYuh baseKal kelilinG duNia..wakakaka~

9. How many guests do you think you'll invite?
::who are cl0se to me and my FamiLy l0r..

10. Do you want an extravagant wedding or a simple wedding?
:: siMple girl..but the weDding must be perfecT..once in a life time..=)

11. Do you want the traditional vows or something you'd make up on your own?
:: bila dia dah lafaz akad dan sign suRat nikah 2 kira dia dah angkat sumpah la tue..ad0yai..

12. How many layers of cake do you want to have?
:: uihh..cake..urmm...3 jelah..kek c0klat yea..haha~

13. Do you prefer having your reception at a hotel or at a simple place?
:: keBun nenas bapak aku..bwahahaha~

14. When do you want to get married; evening or morning?
:: pTg laa..aku ssh bGun pagi..ngee..ngee..

15. You'd rather have your reception outdoors or indoors?
:: of course indoor..cair la mekap mak u..

16. Do you like a grand entrance for your groom?
:: hmm..apekah..kena lalu t0l ke? suka aTi la sape yG nak wat 2..

17. Name the song/tune you'd like to be played at your wedding.
:: lagu kawen..kah..kah...

18. Do you want a solemn ceremony or a light one?
:: light, maybe..

19. Describe your ideal husband/wife.
:: we complete eacH other..

20. Do you prefer fine dining or just the normal spoon & fork/knife?
:: up to the wedding Planer..

21. Champagne or red wine?
:: air neNas..ngee..ngee..

22. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
::rigHt after the wedDing...bru mcm movie..haha~

23. Money or household item?
:: b0th..

24. Who will pay for the bills?
:: sharing is caRing...tapi klu husband tanggunG semua..dunia ini ana yanG punya..ngee..ngee..

25. Are you ready for married life?
:: NO

26. Will you always be true to your husband/wife?
:: InsyaAllah...

27. How many kids do you like?
:: rezeKi aLLah swth..aminn...0oops..~

28. A new house for a newly wed or an old one?
:: of course new one maa..

29. Will you celebrate silver wedding, gold wedding or diamond wedding?
:: h0h..diaM0nd is women best friend..bwahaha~..

30. What kind of cuisine would you like for your wedding?
:: i am old version girL in selecTing food..maLay of course..with kerabu peruT..perghh..lazat sehingga menjilaT jari..

31. Will you record your honeymoon in a CD or DVD?
:: kenanGan terinDah..=)

32. Whose wedding plans would you like to know next?
:: anYone who is veRy near to get married..or verY eager to get married..jawab la..anda pasti terasa di alam fantasi..tralalala~

Monday, November 24, 2008

HANYUT.

0 comments
Saat ku pejam,
Saat ku tidur,
Saat ku tawa,
Dan saat ku sunyi.

Namanya,
Senyumnya,
Rajuknya,
Dan Pujuknya.

Hadir membayangi tabir mata,
Menghulurkan rasa,
Menimbulkan ingin,
Membuatku sayang dan rindu.


Hadirnya membawa tawa dan tangis,
Wajahnya muncul membuai mimpi,
Membuat aku bahagia,
Sehingga aku enggan tersedar dari mimpi.

Jenuh ku halau dia agar jangan datang lagi,
Jenuh ku pujuk hati melepaskan dia,
Jenuh ku keraskan hati,
Dan jenuh ku mengisi hati tanpa dia.

Sudahnya,
Riuh di telinga,
Namun aku terus terpencil,
Jauh di dalam dunia sendiri.

Aku mahu terus tersenyum,
Terus gembira ,
Tanpa ada hadirnya nama itu,
Lantas aku cuba membenci.

Benci semahu hati ini,
Semakin kuat,
Hati semakin sedih
Dan terus merindu.

Lemah hati,
Longlai jiwa tanpa pujuknya,
Pundak ku meronta-ronta,
Ingin menatap wajah dan senyum itu.

Bagai suatu kuasa membuat aku tersedar,
Siapa aku dan siapa dia,
Dalam asyik dibuai rasa,
Aku jadi alpa dan khilaf.

Aku jadi malu,
Terlalu mudah melupakan,
Terlalu mudah hanyut,
Saat ini aku mahu kembali.

Kepada dia yang satu,
Yang sentiasa ada denganku,
Walau tanpa pernah kulihat,
Namun ku yakin dia selalu ada dengan ku.

Saturday, November 22, 2008

Buat teman

1 comments
People always leave..it always happened my dear friend. It's the time already we choose our own way. Aku yakin kita akan bertemu dalam beberapa masa yang yerdekat lagi, cuma buat masa ini biarlah aku cuba merenung kembali apa yang aku mahu dalam hidup sendiri.

Aku kecewa sebenarnya dengan diri dan masa depan yang terasa terlalu cepat menjelma. Aku enggan dewasa, aku masih mahu kekal seperti anak riang yang boleh berbuat apa saja tanpa perlu bimbang akan kutuk manusia. Aku tahu, bodoh bila berkata begitu tetapi aku yakin kita sama dalam hal ini.

Sehingga kini, kau masih mencari diri apa yang aku mahu sebenarnya dari hidup ini. Apa sebenarnya yang perlu ku pilih, kerana sebenarnya aku enggan terjun ke dalam bidang sepatutnya ku melangkah setelah bergelar siswazah. Dunia itu banyak mengajar aku erti hidup dan juga banyak membuat aku kecewa. Aku terlalu lemah sebenarnya. Aku enggan menangis lagi, enggan kecewa dengan hidup. Kau bertuah kerana kau manusia yang melihat perkara dari perspektif yang berbeza. Aku, hanyalah manusia biasa yang gagal dan masih gagal dalam mengerti diri.

Kawan, teruskan perjuanganmu. Aku tahu engkau kuat dalam melalui hidup. Mungkin sekarang kita berpisah, tetapi mungkin tidak lama lagi kita akan kembali bersama..when that happened u'll know what happened..till then, muah3..(ajuk jamal jamaluddian) i sayang adik..hahaha

Thursday, October 30, 2008

Aku serik dengan Belacan!!

1 comments
Adoyai, tersumbat-wumbat idung aku nie..bencinye. Sukar nak bernafas!! Puas ditenyeh-tenyeh..sekejap ok..sekejap tak. Penat bersin-bersin. Ni semua bala banyak sangat belacan dalam kuah laksa yang aku beli kat pusat komersil 2..Ella kata selalu dia beli kat situ sedap. Semalam aku beli punya la bnayak belacan..pahit tekak aku..puas aku modified, tambah kicap, tambah cili..pahit belacan masih terasa. Apa punya laksa utara da..buat malu nama laksa utara jer..murah sgt belacan p0n x payah kot letak sampai mcm 2 skali bnayk nye..!

Aku nie yang memang ala-ala nak deman selsema dari 2 ari lepas ni dah jadi mcm org ape dah..bertambah-tambah teruk plak aku rasa. Bijik mata aku ni rasa mcm nak dikorek-korek kuar jer. Gatal punya pasal, batang idung ni p0n rasanya mcm aku nak cabut letak luar. Cuci2 skit..keringkan lepas 2 pasang balik.

Dugaan sungguh masa tgh exam nie, dengan asgmnt yang masih bertimbun kena siapkan. Dengan subjek asian politik ahad nie..Dugaan..dugaan..besar sungguh dugaan nie..ssh ati aku..penat otak..lesu badan aku..aku masih ada 2 st0ry bisnes kena siapkan, tapi aku terasa kekontangan idea mengarang.Ad0ii..ya allah..tolonglah..bantulah aku dengan memberikan idea mengarang st0ry yang bgus..30 markah nie..huhu~

Sunday, October 26, 2008

TeMan selamanya..

0 comments
0rang kata, sarang tebuan jangan dijolok. Almaklumlah..bila diganggu ketenang sarangnya, siaplah habuan yang menanti. Lebam-lebam la nanti satu badan.

Musim dah final nie, masing-masing nak emo, nak tension nak marah2 x ten2 psal. Aku yang mmg sedia angin satu badan nie jgn sesiapa cuba nak cari psal. Bukan la kurang penyabar orgnya..tapi kalau dah terlalu kerap memendam dgn berdiam diri. Satu waktu meletup.. blh jadi gunung berapi. Time 2, klu mulut ni nak melaser ke..nak perli pedas ke..salah sendiri. Aku p0n manusia biasa. Kalau dah terlalu kerap ditekan. Mmg boleh jadi gila klu asyik memendam.

Aku ni bukan susah nak difahami p0n. Aku boleh jadi seorang kawan yang sangat baik, dan boleh juga jadi kawan yang sangat jahat. Kalau kawan sendiri buruk kan aku dengan org..jgn salahkan aku kalau sifat buruk 2 aku realisasikan demi dia. Yelah, bak kata org..org berbahasa, kita berbudi..tapi bila org mengata, kita mengeji.

Aku x sempurna..aku cepat marah, dan aku juga cepat sejuk kalau kena dengan caranya. Lepas marah, aku dah x simpan dlam hati. Aku cepat memaafkan kalau benar ikhlas cara maaf diterima. Kalau boleh tulis citer gaduh2 dlam blog nie,dah lama aku nak buang...tapi bila dah dimulakan balik trend 'datin celup' 2..rasa ringan lak tangan nak mula2 taip..yelah kan..klu benar ia katanya maaf diterima..apa ertinya blog2 ini semua. Mudahnya aku, bila aku marah,..jangan diganggu..bila aku sudah tenang..akan kembali n0rmal lah aku. Soal kawan..kita sering beralah..kdg2..terasa diri dipergunakan..tapi demi kawan..apalah sangat..pernah terdetik..terjumpa sudah teman sejati..di saat ssh dan senang..kemudian..mula berantakan..aku akur..bila dia sdh jauh memesong dari diri yang mula kukenal..siapa dia? aku mula mengenang zaman bersama.

Sesekali ada terdetik, mungkin salahku..kerana beranjak pergi jauh dari hatinya. Tetapi, sesekali ada juga terdetik..salahnya, kerana terlalu menjadi orang lain..terlalu pentingkan diri..Tetapi semua manusia berubah...Ya, untuk menjadi lebih baik. Tidak untuk dia, kalau dia mula membuang rakan2 seperjuangan nya..dan aku..pernah berjanji tidak akan melukakan kwn2 yang telah banyak membantu seperti mana dia..

Kepada sahabatku yang berssh payah mempertahankan ku..maafkan aku..atas ketelanjuran kata..we promise each other to change 4 goods..i will keeping my promise..how about you??..love my dear friend..FRIENDS FOREVER>>

Wednesday, October 15, 2008

Dahulu..Kini..dan MASA HADAPAN.

2 comments
Sedar x sedar, dah hampir habis pengajian aku yang selama 5 tahun nie. Betapa keghairahan mengejar impian itu semakin tanpa sedar semakin menipis kian hari. Pelik?tetapi inilah yang berlaku pada hati aku.

Mengapa? pasti ramai akan tertanya. Aku sendiri kurang arif pada pemikiran sendiri. Betapa aku ini terlalu aneh sebenarnya. Kenyataannya inilah yang berlaku. Aku khilaf mungkin dalam menilai dunia yang terlalu luas ini. Aku impikan dunia yang aman, tetapi semakin hari dunia ini menjadi semakin kejam, buas dan rakus dalam mengejar kemahuan diri sendiri. Dunia bakal kerjaya ku mungkin banyak kisah 'liar' namun banyak 'pahala' yang sering tidak disebut.Jelas sekali kulihat apabila melangkah ke dunia sebenar walaupun hanya seketika, itu cukup untuk mengajarku apakah jenis dunia yang sedang ku diami ini. Betapa kawan mampu menjadi lawan, musuh menjadi sahabat. Sehingga sudahnya, aku kembali khilaf dalam menilai setiap manusia yang aku kenali.

Aku sedar setiap kenyataan yang dikeluarkan mampu memakan diri sudahnya. Seolah aku ini terlalu lemah untuk berdepan dengan kenyataan hidup. Terlalu mudah berputus asa, terlalu cepat membuat keputusan. Aku pernah berbicara hal ini dengan seorang wartawan yang juga dikenali juga kusebutkan namanya. Dia pernah juga mengalami apa yang kurasakan, namun dia memandang kerjayanya sebagai satu cara untuk dia menawarkan bantuan kepada yang memerlukan. Jika mahu mengejar kapital, sudah lama dia beralih syarikat namun bidangnya mungkin berlainan. Mungkin impak yang dihasilkan di sana idak sebaik apa yang dapat dihasilkan di situ. Dia sendiri pernah di saman berjuta-juta hanya kerana tersalah sidikit informasi tetapi itu bukanlah penghalang untuk mematahkan semangatnya. Dia menjadi semakin kuat dan semakin berani. Pengalaman di kejar gangster, diugut bunuh..semuanya pernah di alami tetapi dia tetap tegar menjalani kerjaya sebagai seorang wartawan. Betapa kedudukan kami terlalu jauh berbeza.

Apabila di buat perbandingan, aku ini terlalu lemah dan layaklah aku menarik diri sebelum aku ini terhanyut lebih jauh. Kerjaya pilihanku dahulu terlalu banyak menuntut pengorbanan masa, tenaga dan jiwa. Mungkin salah atau tidak adil aku berfikir begini, tetapi inilah pertimbangan yang kulakukan setelah berfikir dengan sewajarnya. Hanya tinggal seminggu lagi semester ini akan tamat dan musim peperiksaan akan menjelang. Aku mahu membuat yang terbaik. Aku mahu cemerlang. Namun, untuk bergelar seorang wartawan itu akan ku pertimbangkan kemudia. Terlalu penat ku rasa. Terlalu muak juga.

Kerjaya ini mengingatkan aku sesuatu dan tentang seseorang yang telah mengkhianati hatiku. Betapa aku mahu biarlah dia bahagian dengan dunianya. Aku terlalu hampa dengan perubahannya. Dunia itu telah mengubah kami menjadi terlalu pentingkan diri sudahnya nilai persahabatan itu menjadi soal yang paling jijik sekali. Segalanya dunia itu adalah mengenai wang, nama dan kuasa. Cukuplah, aku mahu menjadi insan biasa yang tahu dosa pahala, aku mahu menjadi manusia yang tahu erti harga diri dan yang tahu martabat tingginya kedua ibu bapa.

Kejilah aku semahu hati mu, aku bukanlah malaikat yang tidak pernah membuat salah. Namun, aku masih mahu menilai diri. Berfikir, salah benarku. Aku tidak mampu menjadi seangkuhmu. Sehingga hari ini, persoalan siapa salah dan benar masih bermain dalam mindaku. Tindakan ku adalah impak dari sikap dan perubahan mu. Aku sudah membenci dan aku sudahh mula memaafkanmu. Biarlah setiap hari kau menyumpah ku. Biarlah..padaku..apa yang ku lakukan adalah untuk menyedarkan kesilapan sendiri yang kau lakukan. Aku pernah mendoakan kezaliman mu itu di balas. Sudah cukup rasanya pembalasan yang kau terima dan aku mula doakan kau mula menyedari kesalahan diri. Semoga kau berubah. Namun, jika kau tidak pernah menyesali kesalahan diri maka aku doakan kau akan terus sesat dalam duniamu sendiri. Semoga cahaya keinsafan itu menyinari hatimu. Kita x kan mampu untuk hidup sendiri dalam dunia. Untuk bahagia, kita perlukan sokongan dan kasih sayang. Wang, bukanlah segalanya.

Followers

 

Langkah wekYah Copyright 2009 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Sponsored by Tadpole's Notez