Thursday, May 15, 2008

Cinta itu ada pelbagai kisah.

2 comments
Dalam cerita cinta kisahnya akan sentiasa berulang-ulang. Usia semakin bertambah, begitu jua pengalaman yanG semakin mematangkan diri. Hakikatnya kita tak akan pernah berhenti untuk belajar mengenal dunia..

Kerana itu, pelbagai juga kisah cinta yang menjenGah ke diari hati...aku teringat pada satu pepatah "wanita adalah insan yang lemah, dia akan segera berpaut pada dahan yang ada"
terkesima sebentar, mungkin itu jua yang terjadi antara kisah aku dan Al. Dia dahan yang paling dekat semasa aku terkapai tanpa sokongan. Kisah cinta itu bukan tragik tetapi lebih kepada kisah simbiosis, aku perlukan kau..dan kau perlukan aku. Tragiknya dia adalah lelaki yang ditinggalkan kekasih dan aku wanita yang kecewa dengan kebiadapan seorang rakan dan jauh dari keluarga. Memang jauh dari mimpi permainan yang direka membuatkan aku pula yang kecewa teruk setelah ditinggalkan (balasan agaknya kerana nawaitu yang tidak jujur diawal perkenalan.) Dia aku gambarkan seorang lelaki kota, bebas bers0sial, mementingkan cinta dan sedang cuba berubah baik tetapi gagal mengawal nafsu (ini aku bersyukur kerana ditinggalkan..ternyata Allah swt masih sayangkan aku)

Cinta itu dimulakan dengan kisah main tarik tali (hehe..). dengan mula ajakan keluar makan dan aku mengatakan 'ya'. dia terkejut, sangkanya aku akan men0lak dan memberi pelbagai alasan. Namun pelawaan itu berlangsung dengan jalinan satu hubungan dan tarikan yang tiba-tiba hadir apabila si dia mula menunjukkan minat menjadi serius. HUh...apa yang mau dipertimbangkan sangkaku..dia tetap lelaki KL yang nyata buayanya sudah kelihatan dari mula. Kadang2 terpikir jua mereka ini bersaing sesama sendiri untuk mene'test' kitaorag budak intern nie..tetapi kepercayaan itu terhakis dengan kesungguhannya. itu p0n lepas aku p0n dah test dia mcm2...jangan ingat aku bdK sek0lah bisa diperb0dohkan dengan cinta palsu mu itew..

Sudahnya..aku dan dia menjadi sahabat baik setelah masing2 bercerita dan sama2 menangis bercerita kisah cinta lalu..nyata dia terlalu sayang dengan insan dahulu..(aku? sudah mula melupakan yang lama memaut dari dahan ke dahan kerana enggan terjerumus= player).
Itu kisah mula tercipta rasa cinta itu antara aku dan Al..tapi seperti yang dijangka..aku dan dia terlalu jauh bezanya..langit dan bumi...dia terlalu 0pen dan mengharapkan hubungan yg mestilah 0pen..mujur iman walaupun x tebal tapi masih kenal d0sa pahala..alhamdulillah..aminn..


Walaupun tersungkur kejap frust nye..aku kuatkan semangat..itu p0n lepas demam mendadak 2minggu lamanya..wahaha~ well..cinta itu dtg dan pergi...pelbagai cara aku gunakan utuk menget 0verkan diri dari si Al itu..aku sh0ping beratus2..aku menjauhkan diri dengan berpindah ke bahagian lain..well..berjaya,,dia jauh dr pandangan mata..dan kesepian itu ku isi dengan apa yg ku rasa perlu...dan ketika ini aku mengenali naim..cintaku sekarang...nge..nge..

Kisah mulanya lebih ikhlas..seikhlas 0rangnya..jujur, sentiasa ada disaat aku memerlukan dan sentiasa mengutamakan aku dalam pelbagai segi. Dia mempunyai matlamat hidupnya walau pun latar belakangnya tidak sesempurna yang diharapkan. Mungkin ada hikmahnya pertemuan antara aku dan dia diaturkan. Dia ternyata lebih matang menghadapi hidup dan lebih bersikap melindungi dari Al..yang hanya tahu bercakap k0song tanpa berusaha memajukan diri.

Ternyata kisah bus dan perhentian b0leh kita jadikan panduan..seumpama dahan yang aku kisahkan dari awl tadi. Kita x kan tau apa yang akan kita temui jika kita enggan mencuba. kita x kan mengenali jika enggan berkenalan...macam x kenal makan x cinta la lebih kurang..tanpa keberanian..impian x akan jadikan kenyataan..jadi kepada kawan aku si anak raje s0rang nie..mari la mulakan hari mu, ciptalah kisah cintamu..cinta itu ada yang indah..ada yang menyakitkan..memedihkan dan menyedihkan...seumpaman kisah persahabatan dan pengkhianatan. Hidup ini x selalunya indah...terpulang pada kita untuk menceriterakan ia..menulis sendiri skrip perjalanan hidup..percayalah..pengalaman itu mematangkan hidup.

j0doh x akan datang kalau kita asyik mengharapkan kisah d0ngeng putera raja dtg meminang menjadi kenyataan. Walaupun ada keberangkalian itu..1%...kita sewajarnya berpijak pada dunia yang nyata. Tinggalkan kisah lalu dan binalah keyakinan mu untuk kembali merasai rasa cinta itu sendiri. G00d luck..

ps/: Hargai peluang yang ada..jangan asyik buat2 x nampak...

Followers

 

Langkah wekYah Copyright 2009 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Sponsored by Tadpole's Notez