Thursday, October 30, 2008

Aku serik dengan Belacan!!

1 comments
Adoyai, tersumbat-wumbat idung aku nie..bencinye. Sukar nak bernafas!! Puas ditenyeh-tenyeh..sekejap ok..sekejap tak. Penat bersin-bersin. Ni semua bala banyak sangat belacan dalam kuah laksa yang aku beli kat pusat komersil 2..Ella kata selalu dia beli kat situ sedap. Semalam aku beli punya la bnayak belacan..pahit tekak aku..puas aku modified, tambah kicap, tambah cili..pahit belacan masih terasa. Apa punya laksa utara da..buat malu nama laksa utara jer..murah sgt belacan p0n x payah kot letak sampai mcm 2 skali bnayk nye..!

Aku nie yang memang ala-ala nak deman selsema dari 2 ari lepas ni dah jadi mcm org ape dah..bertambah-tambah teruk plak aku rasa. Bijik mata aku ni rasa mcm nak dikorek-korek kuar jer. Gatal punya pasal, batang idung ni p0n rasanya mcm aku nak cabut letak luar. Cuci2 skit..keringkan lepas 2 pasang balik.

Dugaan sungguh masa tgh exam nie, dengan asgmnt yang masih bertimbun kena siapkan. Dengan subjek asian politik ahad nie..Dugaan..dugaan..besar sungguh dugaan nie..ssh ati aku..penat otak..lesu badan aku..aku masih ada 2 st0ry bisnes kena siapkan, tapi aku terasa kekontangan idea mengarang.Ad0ii..ya allah..tolonglah..bantulah aku dengan memberikan idea mengarang st0ry yang bgus..30 markah nie..huhu~

Sunday, October 26, 2008

TeMan selamanya..

0 comments
0rang kata, sarang tebuan jangan dijolok. Almaklumlah..bila diganggu ketenang sarangnya, siaplah habuan yang menanti. Lebam-lebam la nanti satu badan.

Musim dah final nie, masing-masing nak emo, nak tension nak marah2 x ten2 psal. Aku yang mmg sedia angin satu badan nie jgn sesiapa cuba nak cari psal. Bukan la kurang penyabar orgnya..tapi kalau dah terlalu kerap memendam dgn berdiam diri. Satu waktu meletup.. blh jadi gunung berapi. Time 2, klu mulut ni nak melaser ke..nak perli pedas ke..salah sendiri. Aku p0n manusia biasa. Kalau dah terlalu kerap ditekan. Mmg boleh jadi gila klu asyik memendam.

Aku ni bukan susah nak difahami p0n. Aku boleh jadi seorang kawan yang sangat baik, dan boleh juga jadi kawan yang sangat jahat. Kalau kawan sendiri buruk kan aku dengan org..jgn salahkan aku kalau sifat buruk 2 aku realisasikan demi dia. Yelah, bak kata org..org berbahasa, kita berbudi..tapi bila org mengata, kita mengeji.

Aku x sempurna..aku cepat marah, dan aku juga cepat sejuk kalau kena dengan caranya. Lepas marah, aku dah x simpan dlam hati. Aku cepat memaafkan kalau benar ikhlas cara maaf diterima. Kalau boleh tulis citer gaduh2 dlam blog nie,dah lama aku nak buang...tapi bila dah dimulakan balik trend 'datin celup' 2..rasa ringan lak tangan nak mula2 taip..yelah kan..klu benar ia katanya maaf diterima..apa ertinya blog2 ini semua. Mudahnya aku, bila aku marah,..jangan diganggu..bila aku sudah tenang..akan kembali n0rmal lah aku. Soal kawan..kita sering beralah..kdg2..terasa diri dipergunakan..tapi demi kawan..apalah sangat..pernah terdetik..terjumpa sudah teman sejati..di saat ssh dan senang..kemudian..mula berantakan..aku akur..bila dia sdh jauh memesong dari diri yang mula kukenal..siapa dia? aku mula mengenang zaman bersama.

Sesekali ada terdetik, mungkin salahku..kerana beranjak pergi jauh dari hatinya. Tetapi, sesekali ada juga terdetik..salahnya, kerana terlalu menjadi orang lain..terlalu pentingkan diri..Tetapi semua manusia berubah...Ya, untuk menjadi lebih baik. Tidak untuk dia, kalau dia mula membuang rakan2 seperjuangan nya..dan aku..pernah berjanji tidak akan melukakan kwn2 yang telah banyak membantu seperti mana dia..

Kepada sahabatku yang berssh payah mempertahankan ku..maafkan aku..atas ketelanjuran kata..we promise each other to change 4 goods..i will keeping my promise..how about you??..love my dear friend..FRIENDS FOREVER>>

Wednesday, October 15, 2008

Dahulu..Kini..dan MASA HADAPAN.

2 comments
Sedar x sedar, dah hampir habis pengajian aku yang selama 5 tahun nie. Betapa keghairahan mengejar impian itu semakin tanpa sedar semakin menipis kian hari. Pelik?tetapi inilah yang berlaku pada hati aku.

Mengapa? pasti ramai akan tertanya. Aku sendiri kurang arif pada pemikiran sendiri. Betapa aku ini terlalu aneh sebenarnya. Kenyataannya inilah yang berlaku. Aku khilaf mungkin dalam menilai dunia yang terlalu luas ini. Aku impikan dunia yang aman, tetapi semakin hari dunia ini menjadi semakin kejam, buas dan rakus dalam mengejar kemahuan diri sendiri. Dunia bakal kerjaya ku mungkin banyak kisah 'liar' namun banyak 'pahala' yang sering tidak disebut.Jelas sekali kulihat apabila melangkah ke dunia sebenar walaupun hanya seketika, itu cukup untuk mengajarku apakah jenis dunia yang sedang ku diami ini. Betapa kawan mampu menjadi lawan, musuh menjadi sahabat. Sehingga sudahnya, aku kembali khilaf dalam menilai setiap manusia yang aku kenali.

Aku sedar setiap kenyataan yang dikeluarkan mampu memakan diri sudahnya. Seolah aku ini terlalu lemah untuk berdepan dengan kenyataan hidup. Terlalu mudah berputus asa, terlalu cepat membuat keputusan. Aku pernah berbicara hal ini dengan seorang wartawan yang juga dikenali juga kusebutkan namanya. Dia pernah juga mengalami apa yang kurasakan, namun dia memandang kerjayanya sebagai satu cara untuk dia menawarkan bantuan kepada yang memerlukan. Jika mahu mengejar kapital, sudah lama dia beralih syarikat namun bidangnya mungkin berlainan. Mungkin impak yang dihasilkan di sana idak sebaik apa yang dapat dihasilkan di situ. Dia sendiri pernah di saman berjuta-juta hanya kerana tersalah sidikit informasi tetapi itu bukanlah penghalang untuk mematahkan semangatnya. Dia menjadi semakin kuat dan semakin berani. Pengalaman di kejar gangster, diugut bunuh..semuanya pernah di alami tetapi dia tetap tegar menjalani kerjaya sebagai seorang wartawan. Betapa kedudukan kami terlalu jauh berbeza.

Apabila di buat perbandingan, aku ini terlalu lemah dan layaklah aku menarik diri sebelum aku ini terhanyut lebih jauh. Kerjaya pilihanku dahulu terlalu banyak menuntut pengorbanan masa, tenaga dan jiwa. Mungkin salah atau tidak adil aku berfikir begini, tetapi inilah pertimbangan yang kulakukan setelah berfikir dengan sewajarnya. Hanya tinggal seminggu lagi semester ini akan tamat dan musim peperiksaan akan menjelang. Aku mahu membuat yang terbaik. Aku mahu cemerlang. Namun, untuk bergelar seorang wartawan itu akan ku pertimbangkan kemudia. Terlalu penat ku rasa. Terlalu muak juga.

Kerjaya ini mengingatkan aku sesuatu dan tentang seseorang yang telah mengkhianati hatiku. Betapa aku mahu biarlah dia bahagian dengan dunianya. Aku terlalu hampa dengan perubahannya. Dunia itu telah mengubah kami menjadi terlalu pentingkan diri sudahnya nilai persahabatan itu menjadi soal yang paling jijik sekali. Segalanya dunia itu adalah mengenai wang, nama dan kuasa. Cukuplah, aku mahu menjadi insan biasa yang tahu dosa pahala, aku mahu menjadi manusia yang tahu erti harga diri dan yang tahu martabat tingginya kedua ibu bapa.

Kejilah aku semahu hati mu, aku bukanlah malaikat yang tidak pernah membuat salah. Namun, aku masih mahu menilai diri. Berfikir, salah benarku. Aku tidak mampu menjadi seangkuhmu. Sehingga hari ini, persoalan siapa salah dan benar masih bermain dalam mindaku. Tindakan ku adalah impak dari sikap dan perubahan mu. Aku sudah membenci dan aku sudahh mula memaafkanmu. Biarlah setiap hari kau menyumpah ku. Biarlah..padaku..apa yang ku lakukan adalah untuk menyedarkan kesilapan sendiri yang kau lakukan. Aku pernah mendoakan kezaliman mu itu di balas. Sudah cukup rasanya pembalasan yang kau terima dan aku mula doakan kau mula menyedari kesalahan diri. Semoga kau berubah. Namun, jika kau tidak pernah menyesali kesalahan diri maka aku doakan kau akan terus sesat dalam duniamu sendiri. Semoga cahaya keinsafan itu menyinari hatimu. Kita x kan mampu untuk hidup sendiri dalam dunia. Untuk bahagia, kita perlukan sokongan dan kasih sayang. Wang, bukanlah segalanya.

Followers

 

Langkah wekYah Copyright 2009 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Sponsored by Tadpole's Notez