Sunday, October 26, 2008

TeMan selamanya..

0 comments
0rang kata, sarang tebuan jangan dijolok. Almaklumlah..bila diganggu ketenang sarangnya, siaplah habuan yang menanti. Lebam-lebam la nanti satu badan.

Musim dah final nie, masing-masing nak emo, nak tension nak marah2 x ten2 psal. Aku yang mmg sedia angin satu badan nie jgn sesiapa cuba nak cari psal. Bukan la kurang penyabar orgnya..tapi kalau dah terlalu kerap memendam dgn berdiam diri. Satu waktu meletup.. blh jadi gunung berapi. Time 2, klu mulut ni nak melaser ke..nak perli pedas ke..salah sendiri. Aku p0n manusia biasa. Kalau dah terlalu kerap ditekan. Mmg boleh jadi gila klu asyik memendam.

Aku ni bukan susah nak difahami p0n. Aku boleh jadi seorang kawan yang sangat baik, dan boleh juga jadi kawan yang sangat jahat. Kalau kawan sendiri buruk kan aku dengan org..jgn salahkan aku kalau sifat buruk 2 aku realisasikan demi dia. Yelah, bak kata org..org berbahasa, kita berbudi..tapi bila org mengata, kita mengeji.

Aku x sempurna..aku cepat marah, dan aku juga cepat sejuk kalau kena dengan caranya. Lepas marah, aku dah x simpan dlam hati. Aku cepat memaafkan kalau benar ikhlas cara maaf diterima. Kalau boleh tulis citer gaduh2 dlam blog nie,dah lama aku nak buang...tapi bila dah dimulakan balik trend 'datin celup' 2..rasa ringan lak tangan nak mula2 taip..yelah kan..klu benar ia katanya maaf diterima..apa ertinya blog2 ini semua. Mudahnya aku, bila aku marah,..jangan diganggu..bila aku sudah tenang..akan kembali n0rmal lah aku. Soal kawan..kita sering beralah..kdg2..terasa diri dipergunakan..tapi demi kawan..apalah sangat..pernah terdetik..terjumpa sudah teman sejati..di saat ssh dan senang..kemudian..mula berantakan..aku akur..bila dia sdh jauh memesong dari diri yang mula kukenal..siapa dia? aku mula mengenang zaman bersama.

Sesekali ada terdetik, mungkin salahku..kerana beranjak pergi jauh dari hatinya. Tetapi, sesekali ada juga terdetik..salahnya, kerana terlalu menjadi orang lain..terlalu pentingkan diri..Tetapi semua manusia berubah...Ya, untuk menjadi lebih baik. Tidak untuk dia, kalau dia mula membuang rakan2 seperjuangan nya..dan aku..pernah berjanji tidak akan melukakan kwn2 yang telah banyak membantu seperti mana dia..

Kepada sahabatku yang berssh payah mempertahankan ku..maafkan aku..atas ketelanjuran kata..we promise each other to change 4 goods..i will keeping my promise..how about you??..love my dear friend..FRIENDS FOREVER>>

Wednesday, October 15, 2008

Dahulu..Kini..dan MASA HADAPAN.

2 comments
Sedar x sedar, dah hampir habis pengajian aku yang selama 5 tahun nie. Betapa keghairahan mengejar impian itu semakin tanpa sedar semakin menipis kian hari. Pelik?tetapi inilah yang berlaku pada hati aku.

Mengapa? pasti ramai akan tertanya. Aku sendiri kurang arif pada pemikiran sendiri. Betapa aku ini terlalu aneh sebenarnya. Kenyataannya inilah yang berlaku. Aku khilaf mungkin dalam menilai dunia yang terlalu luas ini. Aku impikan dunia yang aman, tetapi semakin hari dunia ini menjadi semakin kejam, buas dan rakus dalam mengejar kemahuan diri sendiri. Dunia bakal kerjaya ku mungkin banyak kisah 'liar' namun banyak 'pahala' yang sering tidak disebut.Jelas sekali kulihat apabila melangkah ke dunia sebenar walaupun hanya seketika, itu cukup untuk mengajarku apakah jenis dunia yang sedang ku diami ini. Betapa kawan mampu menjadi lawan, musuh menjadi sahabat. Sehingga sudahnya, aku kembali khilaf dalam menilai setiap manusia yang aku kenali.

Aku sedar setiap kenyataan yang dikeluarkan mampu memakan diri sudahnya. Seolah aku ini terlalu lemah untuk berdepan dengan kenyataan hidup. Terlalu mudah berputus asa, terlalu cepat membuat keputusan. Aku pernah berbicara hal ini dengan seorang wartawan yang juga dikenali juga kusebutkan namanya. Dia pernah juga mengalami apa yang kurasakan, namun dia memandang kerjayanya sebagai satu cara untuk dia menawarkan bantuan kepada yang memerlukan. Jika mahu mengejar kapital, sudah lama dia beralih syarikat namun bidangnya mungkin berlainan. Mungkin impak yang dihasilkan di sana idak sebaik apa yang dapat dihasilkan di situ. Dia sendiri pernah di saman berjuta-juta hanya kerana tersalah sidikit informasi tetapi itu bukanlah penghalang untuk mematahkan semangatnya. Dia menjadi semakin kuat dan semakin berani. Pengalaman di kejar gangster, diugut bunuh..semuanya pernah di alami tetapi dia tetap tegar menjalani kerjaya sebagai seorang wartawan. Betapa kedudukan kami terlalu jauh berbeza.

Apabila di buat perbandingan, aku ini terlalu lemah dan layaklah aku menarik diri sebelum aku ini terhanyut lebih jauh. Kerjaya pilihanku dahulu terlalu banyak menuntut pengorbanan masa, tenaga dan jiwa. Mungkin salah atau tidak adil aku berfikir begini, tetapi inilah pertimbangan yang kulakukan setelah berfikir dengan sewajarnya. Hanya tinggal seminggu lagi semester ini akan tamat dan musim peperiksaan akan menjelang. Aku mahu membuat yang terbaik. Aku mahu cemerlang. Namun, untuk bergelar seorang wartawan itu akan ku pertimbangkan kemudia. Terlalu penat ku rasa. Terlalu muak juga.

Kerjaya ini mengingatkan aku sesuatu dan tentang seseorang yang telah mengkhianati hatiku. Betapa aku mahu biarlah dia bahagian dengan dunianya. Aku terlalu hampa dengan perubahannya. Dunia itu telah mengubah kami menjadi terlalu pentingkan diri sudahnya nilai persahabatan itu menjadi soal yang paling jijik sekali. Segalanya dunia itu adalah mengenai wang, nama dan kuasa. Cukuplah, aku mahu menjadi insan biasa yang tahu dosa pahala, aku mahu menjadi manusia yang tahu erti harga diri dan yang tahu martabat tingginya kedua ibu bapa.

Kejilah aku semahu hati mu, aku bukanlah malaikat yang tidak pernah membuat salah. Namun, aku masih mahu menilai diri. Berfikir, salah benarku. Aku tidak mampu menjadi seangkuhmu. Sehingga hari ini, persoalan siapa salah dan benar masih bermain dalam mindaku. Tindakan ku adalah impak dari sikap dan perubahan mu. Aku sudah membenci dan aku sudahh mula memaafkanmu. Biarlah setiap hari kau menyumpah ku. Biarlah..padaku..apa yang ku lakukan adalah untuk menyedarkan kesilapan sendiri yang kau lakukan. Aku pernah mendoakan kezaliman mu itu di balas. Sudah cukup rasanya pembalasan yang kau terima dan aku mula doakan kau mula menyedari kesalahan diri. Semoga kau berubah. Namun, jika kau tidak pernah menyesali kesalahan diri maka aku doakan kau akan terus sesat dalam duniamu sendiri. Semoga cahaya keinsafan itu menyinari hatimu. Kita x kan mampu untuk hidup sendiri dalam dunia. Untuk bahagia, kita perlukan sokongan dan kasih sayang. Wang, bukanlah segalanya.

Thursday, September 25, 2008

Cinta haTi

0 comments
Masa lalu kita tinggalkan di belakang. Tanggngjawab kita, pandang ke depan dan teruskan melangkah.

Benar, kalau ada masalah bersama kita bincangkan sebgai orang dewasa. Aku yang sudah terbiasa kehilangan kasih enggan terjadi perkara yang sama sekali lagi. Kalau puncanya sudah ku kenal, maka mudahlah aku menyelamatkan kapal yang sedang karam!(bukan karam bdk clas broadcast critics tau)hehe..

Hanya ada dia dalam hatiku..hehe..(berjiwang plak). Masalah dah lama diselesaikan. Makin saling memahami dan bertolak-ansur sesama kami. Jelasnya, tiada insan yang lebih sayang dan memahami aku seperti dia. Ya..benarlah, cinta itu perlukan peng0rbanan dan memahami bukan mementingkan diri. Dalam konteks ni, aku la insan 2..slalu sgt nak ikut kepala sendiri mujurlah sebelah lagi rajin beralah.

Jujurnya..kitaorg x penah ada officially date yang menjadikan kita0rg c0uple..sedar2 je dah bercinta..haha..smp skang decision x penah dbuat walau dah 2,3 kali bebincang..sbb masing x penah nak igt tarikh..haha..tp sesedar dan seingat aku..inilah relationship yg paling lama penah aku ade..(kuat jgk jdh kit0rg ni kukira. Baru-baru nie,,suprise yang paling x kusangka..dah puas aku merengek dr awl dbelikan bunga, akhirnya tertunai juga..heh..thanks a lot dear.

Kisahnya, last monday. After clas, aku trus rushing trun kL jumpa dia..sbb dia nak passkan sijil2 untuk application msk UiTM. Dah lmbt sgt klu nak pos..s0, dia mintak tlg paskan kat mbr dia yg kebetulan mmg bdk fakulti 2..Bila smp KL sentral, we decide 2 go 2 midvelley buka p0sa kat sana sbb aku kenakan upah belanje spageti..haha. Then, masa tgh jalan2 2, aku terpegang backpack dia. Rasa mcm bunyi plastik and smtg sof dlm 2..aku p0n tny la..ape dlm 2..dia sengih2 wat muka serba slah..ni yg buat kau suspicious lg nak tau..dia x nak gak ckp..ishh..

Lepas 2, aku p0n mls nak layan..x lama kemudian dia ckp dlam 2 ada bunga dgn nada bergurau..mmg la x caye. Tapi, aku sengih jugak..x tau la nape..haha..then, dia cuba tarik aku ke tepi, ke tangga kecemasan. Jadi keja plak kita0rg main tarik2 kat dlm midvel 2..semua org tengok..tp kisah plak..haha..sbb aku x mau ke sana..naim mula pucat. Aku p0n pelik la..nape lak bdk nie..? Rupanya mmg bt0l kat dlam beg 2 ade bunga..tapi dia x brani bagi kat depan2 0rg..pas 2, aku s0und dia. Comel la Khairul Naim nie..hehe..kita0rg tergelak besar. Tapi, dia tetap x keluarkan bunga 2 dr beg dia smp la aku mintak masa bukak p0sa 2. Itulah naim...

Aku tny dia, kenapa warna putih.."kasih suci". Kenapa ada 3 jer? ..."I L0ve U"..so sweet..




Sunday, September 14, 2008

Bunga2 tamanku mulai layu...aduH..~

2 comments
Taman cintaku mula dilanda hujan ribut..aduhh..saat aku melihat taman hati temanku yang sedang berbunya riang aku terpaksa memendam rasa. Peritnya....adakah retak-retak itu bisa ku tampal kembali?

Susahnya berteman, susah juga kalau x berteman. Bagaimana sih? dia diam enggan berbual seperti biasa. Selalunya dia tidak begini. Penyabar orangnya, selalu bertolak ansur. Kenapa begini keras dia menjauh hati dengannku. Sedihkah dia? Seolah-olah terlalu banyak dugaan antara kami dbulan ramadhan ini. Mungkin ini alasannya menyakiti si dia yang selalu bersabar dengan karenahku yang sentiasa naik turun.

Teman..bantu aku, aku rindu sama dia..aku sayang sih sama dia..dia terlalu istimewa dalam hidupku..satu-satunya..tiada lagi yang lain..aku cinta dia..

Thursday, September 11, 2008

meNiti Ramadhan seorang pelajar..

1 comments
Penat benar rasanya tubuh ketika pulang selepas seharian menjadi pendengar setia kepada segala isi kata-kata yang dimuntahkan pensyarah. Lesu juga terasa bila bersengkang mata menyiapkan kerja-kerja yang ditugaskan. Saat ini, diri kembali terkenang alangkah seronoknya bekerja. Bukan apa, penat kerja..berbayar..penat belajar...lambat sikit bayarannya..malahan perlukan wang pendahuluan pula..teringat aku hutang ptptn yang keliling nie..aduh..~

Kukira agak lama juga aku tidak menjengah laman blog ini, bukan apa sibuk dengan urusan lain. Tugasan mula menimbun. Almaklumlah, penat dengan kelas, tugasan pula menjerit-jerit disiapkan. Itu belum termasuk dengan urusan kendalian koloium yang mula mendekat. Bulan ramadhan ini ternyata bulan yang amat mencabar kukira. Minggu depan sahaja, aku ada 2 presention yang harus disiapkan padahal satu isi p0n belom aku jengah. Penat rasanya setiap hari memerah otak. Terasa rindu pula pada aktiviti kegilaan aku. Arghh..aidilfitri segeralah tiba...aku x sabar mahu pulang ke kampung dan makan ketupat..hahaha~

Dalam pada itu, aku beransur lega. Hanya tinggal bebrapa bulan sahaja aku bakal menamatkan hari-hari aku sebagai pelajar. Tidak sabar rasanya. Sekurangnya, ringan sedikit bahu ini..xperlulah aku asyik memikirkan cara mahu meng0rat wang belanja dai abah atau mak..bukan mereka x mampu, lebih dari mampu. Anak ini terasa penat mahu meminta, kalau boleh mahu berdikari. Cadangnya awal semester tempoh hari mahu bekerja sambilan tapi setelah ditimbal balik..memang x sempat. Dengan pelbagai keserabutan dan tugasan. Tambahan pula dengan memikirkan dengan kondisi minyak yang makin meningkat..aku batalkan penggunaan kereta..dan kuhantar balik kampung. Bukan apa, mahal sungguh minyak..tak termampu aku..dengan kondisi sebagai pelajar. Penggunaan kereta akan melibatkan peningkatan pada duti hiburan dan kegilaan..haha~

Heningnya ramadhan ini, kali terakhir aku menyambutnya dengan gelaran seorang pelajar di UiTM ini..kehangatannya sungguh aman terasa walaupun tersembunyi pelbagai kisah di sebaliknya. Ramadhan ini tentunya akan menjadi kenangan buat kelas 6C(lompat) Ijazah Kewartawanan(kepujian), Uitm semester Disember 2006. Disebalik pelbagai latar belakang, semua berkumpul dan bekerjasama menjayakan tugasan untuk meraih segulung ijazah. Ramadhan ini paling bermakna buat kami semua. Selamat Hari Raya. Semoga apa yang kita jayakan akan berjalan dengan lancar seperti yang kita mahukan.

Wednesday, August 20, 2008

Lagi melanggar n0rmativeku..

3 comments
Tanggal 16 0gos..satu peristiwa yg x penah dibayangkan akhirnya terjadi jua..walaupun tanpa intan sahabatku yg selalu bersama. Pengembaraan itu tetap dilaksanakan. Kali ini Liza menjadi pengikut setia dan semestinya bersama naimku..hehe

PD menjadi destinasi itu juga kali ini, namun dengan cara yang berbeza. Sepanjang jalan dari sh alam ke kUala lumpur dan dari Kuala lumpur ke Seremban..hinggalah dari seremban ke Pd..aku kerap kali bertanya kepada Liza..betul ke kita nak g pD naik bus nie..huhu..( aku mmg x brape nak arif naik transp0rt awam nie..) namun diredahi juga kerana perasan tekad mahu melanggar segala normative ku selama ini. Sekali lagi..aku mahu melakukan kegilaan..aku mahu menikmati hujung minggu ini dengan gembira..tanpa sebarang aturan yang akan memeningkan kepalaku...yeaa..aku dan liZa bertekad mahu enj0y!! hahaha~

Cuaca begitu indah..x panas dan x mendung..elok2 ajer..mengiringi perjalanan kami sepanjang ke PD..alhamdulillah...segalanya berjalan lancar..tanpa sbrg masalah. Bahagia aku..hehe..dari sH alam ke kL..kami naik bus ke kL sentral..dan dari situ..kami naik K0muter ke Seremban..walaupun hampir seprh perjalanan kami terpaksa berdiri..tp x pe...ser0nok jugak..tgk mcm2 gelagat 0rg..ada few student cina yang study dlam train..nak SPM ler 2..rajin di0rg ni x kire tempat..timbul jugak kesedaran dlam diri..betapa anak melayu uiTm yg asyik merusuh bila kate nak buka kuota uitm kepada bangsa lain..tapi bnyk berseronok dan berjoli dengan wang pinjaman dari belajar..(walau bukan semua..tingginye peratus, itulah..termsk la aku sendiri).

Tiba di seremban, naim menjemput kami..dengan sengihnye yg x sudah..nak tgk tv sat...x hbs2 dengan basikalnye..al maklumlah tgh olimpik..pelumba msia, azizul tgh menjadi perhatian nak dpatkan emas utk msia dlm acara sprint..cita-citanya begitu la..sambil dia sampaikan berita kepadaku bahawa dia telah diterima mask team msia..lepas raya dia akan tinggal di MSN, bkt jalil...aku ucapkan tahniah..berbaloi penat lelahnya selama ini. Aku dapat melihat semangatnya yg membara.

Akhirnya pD menjadi destinasi penamat..segalanya kemudian menjadi benar..haha..aku kap pd..dan aku dtg naik bus..haha..hoyeaa..khemah akhirnya terdiri juga..kemudian kami berjalan2 di pasar malam...beli bebola dan bola..haha..mari main...menjelang tengah malam, bulan mula menjengah dari sebalik awan..cahayanya terang benderang bak spotlight besar..kami p0n ape lagi..semakin rancak bermain bola..kejap jadi bola tampar..kejap jadi bola sepak..ape2 jelah..i on jer...bila penat,kami brenti dan duduk bersembang2...amik angin malam yg mula bertiup dingin...bercerita..berjenaka...riuh rendah dengan tawa...sesekali terkenang pada si intan yag jauh di kuantan..klu dia ada nie mst lagi kecoh..hmm..semua p0n diam..sambil merenung unggun api membakar hingga hbs..

Kemudian..kami main lagi..hahah..kali ni main tanam2 0rg..pergh..baru masyuk..liZa jdi mangsanye..hahaha..menjerit2 si liZa...bdk2 nakal 2 semakin menyakat..g cari ketam nak letak atas liza yang tak berupaya..naim plak..d0k geletek kaki minah 2..lagi la menjerit..aku.?tukang ketawa...hahaha...

Ada jugak beberapa kumpulan nelayan pantai yang memukat ketam dan ikan sempena air surut...kami jadi pengikut setia..amik gmabr ikan dan jadi penghibur alias radi0 bergerak..haha..masa air surut ni, kami dpat tgk berjuta anak ketam melata keluar mencari makan...siput sedut yang masih kecil di dasar laut kelihatan...rumpai2 laut..
Sempat juga berkenalan dengan s0rang adik ni yg cute jugak..bila besar mst ensem..haha..nama dia shahrul amin..pemalu 0rgnye...lagi aku ngan liza nak sakat2..haha...

Sekitar jam 3 mcm 2..semua dah ngant0k sgt...kami brg2 kat atas pasir..bwh bulan....nak lelap2..sambil tgk bulan penuh mengambang...sambil dengar bunyi ombak yg sayup2...entah pukul berapa..aku tersedar kesejukan dan lari msk khemah...

Paginya aku tersedar kesejukkan, terdengar naim sebok2 di luar...buat unggun api lagi...wahaha...haba2...aku suke...melihat unggun terbakr hingga hbs..kami jalan2 pula di sekitar kedai berdua..hehe..cari t0ilet..pagi2..ape lagi..kemudian, kami berjalan2 dpantai..amik angin pagi..nyamannye rasa..terdetik, aku pasti nyesal jika aku tak datang ke sini..segalanya begitu indah...

Bangun2!!!haha..semua terkejut...kami p0n terjun msk dalam laut...wah...nyamannya..air suam2 kuku gitu..nikmat2...liza asyik d0k menjerit heaven2..dari semalam..ape kena la minah nie..naim pun mula la dengan lawaknye yg x brape lawak 2..sebab bila dia try wat lawak..dia gelak s0rang..kita9rg blur..hahaha..dia p0n kate..klu intan ade nie br best..hahaha..(sbb intan je yg nak side dia)..wahaha...

Pagi itu, intan tep0n lagi..tanya apa aktiviti..pesan, jangan lupa tgk dia kat tV1..hehe..kami cuba kami kate..tp mlangnye, kami x dpat jugak nak tgk..cari tv x jumpe..maaf intan...kami tau kamu nyanyi x sumbang..haha~





Monday, August 11, 2008

Kisah si Puteri II

6 comments
Haaa..mesti x sabar2 nak tau al kisahnya tentang puteri dan 'date' nye kan..Beginilah kisahnye;

Setelah melalui pelbagai rintangan dan halangan dari campurtangan pelbagai pihak, si puteri akhirnya bertemu jue la si putera idaman di satu pusat membeli belah di Bangsar. Puteri berdandan dengan sungguh cutenye untuk memikat hati jejaka idaman hati dan begitu jue la jejaka idaman yang sungguh segak bergaya untuk menyenangkan hati si puteri. Maka bermula la pertemuan dua hati ini untuk memahami dan melalui hari seharian bersama.

Hati si puteri berbunga-bunga membentuk taman. Hari depenuhi dengan gelak tawa dan cerita masing-masing. Si putera membuatkan puteri berasa sangat gembira dan seronok..rasa selamat dan begitu selesa. Mereka menonton wayang, berjalan-jalan di pusat membeli belah, ke makan-makan..dan lagi bersembang-sembang tentang kehidupan masing-masing.

Namun hari bahagia itu berakhir la jua..si gadis pun berasa kecewa kerana terasa hari begitu pantas sekali berlalu..maka pulanglah mereka ke rumah masing-masing setelah puas bercanda dan bergembira seharian. Dalam perjalan pulang, si puteri berasa ragu-ragu...kenapa???

Entah kenapa hatinya berasa apa yang dirasakan bukanlah cinta, kerana menurutnya..'electric shock' itu tiada..pelik? bgaimana rasanya cinta..? dia akui di berasa selesa dengan si jejaka, berasa selamat dan tenang..tapi kenapa 'kejutan itu tiada? Apa sebenarnya perasaannya terhadap jejaka? Kawan kah?

Lantas, dia bertanya pada temannya..kata temannya..cinta itu x semestinya perlu kejutan eletrik pada hati..hadirnya dia membuatkan kita rasa selamat dan tenang. Rasa yakin bahawa dia akan selalu ada bila kita perlukan dia. Apabila kita tersepit, susah hati, kecewa dia sentiasa ada memegang erat keyakinan diri dan membuatkan kita bangun semula dengan tiupan semangat kasihnya. Itulah 'cinta'..

Followers

 

Langkah wekYah Copyright 2009 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Sponsored by Tadpole's Notez