Monday, August 11, 2008

Kisah si Puteri II

6 comments
Haaa..mesti x sabar2 nak tau al kisahnya tentang puteri dan 'date' nye kan..Beginilah kisahnye;

Setelah melalui pelbagai rintangan dan halangan dari campurtangan pelbagai pihak, si puteri akhirnya bertemu jue la si putera idaman di satu pusat membeli belah di Bangsar. Puteri berdandan dengan sungguh cutenye untuk memikat hati jejaka idaman hati dan begitu jue la jejaka idaman yang sungguh segak bergaya untuk menyenangkan hati si puteri. Maka bermula la pertemuan dua hati ini untuk memahami dan melalui hari seharian bersama.

Hati si puteri berbunga-bunga membentuk taman. Hari depenuhi dengan gelak tawa dan cerita masing-masing. Si putera membuatkan puteri berasa sangat gembira dan seronok..rasa selamat dan begitu selesa. Mereka menonton wayang, berjalan-jalan di pusat membeli belah, ke makan-makan..dan lagi bersembang-sembang tentang kehidupan masing-masing.

Namun hari bahagia itu berakhir la jua..si gadis pun berasa kecewa kerana terasa hari begitu pantas sekali berlalu..maka pulanglah mereka ke rumah masing-masing setelah puas bercanda dan bergembira seharian. Dalam perjalan pulang, si puteri berasa ragu-ragu...kenapa???

Entah kenapa hatinya berasa apa yang dirasakan bukanlah cinta, kerana menurutnya..'electric shock' itu tiada..pelik? bgaimana rasanya cinta..? dia akui di berasa selesa dengan si jejaka, berasa selamat dan tenang..tapi kenapa 'kejutan itu tiada? Apa sebenarnya perasaannya terhadap jejaka? Kawan kah?

Lantas, dia bertanya pada temannya..kata temannya..cinta itu x semestinya perlu kejutan eletrik pada hati..hadirnya dia membuatkan kita rasa selamat dan tenang. Rasa yakin bahawa dia akan selalu ada bila kita perlukan dia. Apabila kita tersepit, susah hati, kecewa dia sentiasa ada memegang erat keyakinan diri dan membuatkan kita bangun semula dengan tiupan semangat kasihnya. Itulah 'cinta'..

Wednesday, August 6, 2008

Si Puteri dan Jejaka Ranum.

2 comments
Al kisah suatu cerita..wujudlah seorang anak raja...puteri la seben0rnye..bukan anak jantan. Seorang gadis yang ranum jue. Malangnya si dia masih belom berteman sehingga ke saat ini menjangkau umurnya yang agak2 ranum layak juge la ade temannye.

Dipanjangkan ceriteranya, setiap saat si puteri mengenang kisahnya yang masih belum berteman, namun dek kelincahan dan keriangan membuat kec0h dia tidak terjejas dek kisah hidupnya itu. Namun apabila melangkah masuk ke rumah barunya bersama teman rumah dan biliknya yang mestilah baru juge(kebanyakkan dah ada pakwe)dia kembali tersesak dek seat sebelah dalam wayang masih belum dimiliki kekasih bergelar 'buah hati pengarang jantung.'

Sayugia dia bukan la hodoh bak intan terpilih(sblm dia jd cun)atau beast yg kena sumpahan. Orgnye manis jue, tahi lalat di pipi bak maRilyn Monr0e gitu. Suaranya sedap bak buluh betung..eh buluh perindu. Orgnye baik..mudah mesra dGn sesiapa sahaja tapi ada satu penyakit yang agak pelik iaitu lari apabila ada 0rg jatuh hati sama dia..aduhh..biar penat dan jerih pelbagai nasihat diberi..dia tetap ada tidak dapat duabati jue..

Benar la kate orang2 tua, manusia berubah..akhirnya anak raje ini akhirnya memulakan langkah awalnya apabila sudah berpenat lelah menunggu si jejaka ranum yang telah berjaya menambat hatinya tidak langsung tergerak sedikit p0n langkah. Namun kisahnya amat la menyayat hati kerana si jejaka ini amatlah 'lembapnye', terguris luka jue juga hati sang puteri kerana masih tidak juga2 paham niat di hatinya. Si puteri lalu mengambil langkah drastik dengan memulakan ajakan keluar date untuk pertama kali dalam hidupnya. Biar setebal mana malunya sudah tidak di ambil kisah kerana dia tahu betapa selama 23 tahun dia hidup dengan bayangan ngeri terlepas keretapi x sudah2..lalu menyesal x sudah2 jue..

Hati si puteri berbunga-bunga kerana ajakan date pertama diterima dengan segan silu si jejaka. Hari yang ditunggu bakal tiba..dan debaran hati semakin bertambah speed..baju sudah dipilih..kasut..gaya...bila...dmana...semua sudah di set..Apa bakal terjadi? Kita tunggu kisahnya nanti..hahaha~

Thursday, July 17, 2008

Episod 2 - Aktiviti kegilaan

1 comments
Kegilaan menjadi lagi..haha..semalam dengan intan dan eizlyn..Tanjung Harapan tempat tujuan..ini semua dek rasa nak mkn sangat steamboat yang best.

Maka bermulalah ekspedisi kami menuju Tanjung Harapan. Pelbagai dugaan dan rintangan yang dihadapi padahal jalan nye lurus je...x belok2 p0n..haha..masalahnya jalannya yang berlubang-lubang..masyaallah...jahanam keta mak aku nye tayar. adusss...sian kenari itam.

Pabila telah bersusah payah...al-kisahnya maka sampai jua laa ke destinasi...bukan sbb sesat..tapi ikut jalan jauh sikit je...hehe....

Singgah la kami ke satu restoran yang punya udang, sotong, ketam dan ikan gergasi di hadapannya..berjalan la kami masuk dengan penuh bergaya dan kelaparan. Namun singgah pula rasa takut tiba-tiba yang mendorong kami bangun dan berlalu dengan kelaparan. Alasan yang kukuh untuk bangun dan berlalu dari kedai itu..maaf la..kami ingat rest0ran ni ada steamboat... "lain kali yea t0ke.." p/s sbnrnya itu restoran manyak mahal la..pakej paling murah hundred..gil0..k0pak la kami..

Akhirnya setelah mengharungi pelbagai cubaan dan dugaan, singgah jua la kami bersantap dia suatu gerai di tepi laut yang x de pantai. Berlatarkan kapal besar sebagai replika bertemankan cahaya lilin yang malap....kerang bakar yang besar2 mengubat hati terluka dek gagal mendapatkan steamb0at..=) s0dap wa cakap lu...

Inilah menu kami:

Nasi putih
Kailan ikan masin
Ikan kembung bakar
T0m yam seafood
Kerang bakar* besar dan sangat banyk =RM 4.50 jer...

Pastinya pengalaman ini akan kukenang di masa tua..kegilaan zaman remaja ku rasa mungkin sudah berakhir..ekspedisi ini tamat jua kerna selepas ini..kenari itam itu akan ku pulangkan ke kampung halaman.

Wednesday, July 9, 2008

Kisah semester baru

1 comments
Kisah sem baru kali ini lain dari yang dulu..sebab kali ini kita0rg la 0tai kat school..wakaka..wahtever it is..the 0tai comes with much of resp0nsibility...huhu...the kolokium day..family day...meeting with the junior..what the prob is...the new KP..he's new. s0 much of things that dia x tau. a big prob actually..tapi x kisah la..he is nice..

Kisah ini juga banyak yang berubah dari dulu...walau sudah tiada dia, aku tahu aku melakukan keputusan yang tepat. Tiada dia, bukan salahku. Dia yang memilih jalan ini sedangkan jalan untuk berdamai sentiasa ada tetapi permusuhan juga yang dia mahu maka i give it to her. Like she said before, 'go with the fl0w..'

Sem baru, rumah baru, r00mate baru..buku baru..lecturer baru..ermm..semangat p0n mst baru beb..sem ni kena kuat kerja skit..p0inter dah bnyk jatuh dek nak kejar writg rep0rt dlam masa singkat..maka result p0n singkat jelah..redha....

Apa-apa p0n..kind like it this sem...making new friends is good...work hard is good...well..no much time to loose..get to strike back..

Kegilaan yaNg penuH kepuasaaN..

0 comments

Suatu kisah tentang kegilaan anak muda yang baru terlepas dari sangkar pengawasan keluarganya yang dikongsi bersama kedua teman. Apa yang berlaku bukan sesutu yang pelik tetapi dikira agak extreme sekali kerana kisahnya amatlah mengejut sekali.

Dia amat mengimpikan sesutu keseronokkan tanpa kawalan buat seketika. Merasai kebebasan setelah terlalu lama terperap macam ikan masin dalam rumah. Seperti sudah terlalu lama rasanya terpenjara dek kebimbangan keluarga yang telalu mahu menjaga nama baik kononya. Seolah anak ini masih terlalu budak sedangkan sudah mancapai umur yang sepatutnya dilepaskan berdiri atas kaki sendiri..melepasi sudah umur had 18 tahun dalam jagaan. Biar puas dan berbuih mulut berkata 'diri ini tahu dijaga, maruah keluarga tidak akan tercalar!.' Sedikit pun tidak terlekat di minda mereka bahawa anak ini sudah melangkah jauh dalam hidupnya dan punya kehidupan sendiri yang mahu dilalui tetapi masih enggan dilepaskan dia menikmati hidupnya seperti muda-mudi yang mahu melakukan kerja gila sekali-sekala..

Namun, akhirnya kegilaan ini dapat dicapai dengan bantuan mereka jua..dendam ini menjadi ikan masin selama 2 bulan, dapat dilunaskan walau pelbagai cabaran di lalui. Aku berjaya...YESS!!! dan aku puas melakukan kegilaan ini..hahaha~

Benarlah..nikmat kegilaan ini amat manis sekali..teringat-ingat aku keluasan lautan di PD, kesejukan udara pagi ditepi pantai..nyanyian sumbang di awal pagi di tepi pantai...dan tentunya perjalanan merentas belantara menikmati kesejukan air jeram yang berapa jeram sangat 2..tapi adanya ikan-ikan spa itu menjadikan itu bukan suatu kerugian.

Akhirnya aku merasai jua kebebasan yang aku impi akibat dari kegilaan ku..hahaha..dan kepada dua sahabat..terima kasih ya kerna menurut kata hati dan kegilaan kepala ini walau kepenatan puas menurut diri..L0ve u twice...my l0ve and my dArling... =)

Sunday, June 1, 2008

SURAT UNTUK SI LUNCAI

2 comments
Surat untuk Si luncai

Hai..apa khabar?eh..salah..assalammualaikum w.b.k, maaf ya..agaknya sudah terbiasa dengan gaya hidup Kuala Lumpur ku..al maklumlah..kawan-kawanku semuanya bebas..kami kurang biasa dengan ucapan salam.

Eh..bukan bermaksud kiranya mahu menyindir..terasakah? Maaf ya luncai..owh ya..semalam bf ku datang ke rumah..bisingkah kami? Maaf sekali lagi ya..kami terlalu rindu untuk bermesra..biasalah..masing-masing terlalu sibuk dengan kerja. Tiada masa mahu berjumpa dan bersembang. Dia minta dibelai, rindu katanya, jangan bimbang, kami sudah pun selidiki, tiada pegawai pencegah yang naik sampai ke tingkat kita. Line clear.. Ermmm…bf mu sudah lama tidak kelihatan di rumah kita..kenapa ya? Bergaduh ke? Kita kan kawan baik..kalau apa-apa ceritalah..mana tahu boleh membantu.

Luncai..baik benar saudaramu, sewa rumah kita murah berbanding rumah lain..agaknya, ini bagusnya menyewa dengan saudara sendiri yea.terima kasih aku ucapkan kerana sudi menjemputku tinggal disini ya..segalanya mudah. Banyak pengangkutan awam, kawasannya juga selamat….rumahnya juga cantik. Beruntung dapat rumah disini kan..
Lagipun, susah payah kau tolong aku selepas apa yang terjadi dengan kawan2 rumahku dulu..mereka semua memang tak guna. Pentingkan diri, mentang-mentanglah dia itu ketua rumah, pikirnya itu rumahnya sendiri..suka-suka mengubah barang-brgku…sedangkan sewa kami sama-sama bayar. Nasib baik kau ada..

Luncai..selepas kejadian kemalangan kereta tempoh hari, aku sangka kau akan membenciku..rupanya kau sedikitmu tidak marah. Malahan kau sudi menenggung segalanya sendiri..kau kata itu salahmu sendiri kerana menyuruhku memandu sedangkan tahu aku memang tidak cekap memandu. Maaf ya, aku memang tidak mampu membayarmu. Aku bukanlah dari keluarga yang senang..tetapi aku berjanji aku akan membayarmu kembali suatu hari nanti tetapi kau segera menolaknya. Katamu bantulah keluargaku..ternyata kau amat baik..terima kasih ya luncai. Hanya Allah swt yang tahu betapa engkau amat mulia..hanya Allah swt yang mampu membalas segala kebaikannmu..

Maaf andainya aku telah mengkhianatimu berkali-kali, aku bukanlah perempuan yang baik. Aku keluar dari rumah tanpa pengetahuanmu..aku tidak mahu terhutang budi denganmu lagi. Cukuplah dengan segala yang kau lakukan untukku..aku mahu berdikari..mungkin kau keseorangan tapi kau akan bertemu kawan yang kebih baik dari ku. Mungkin lebih kaya dan sanggup menurut apa jua katamu dan mengiyakannya tanpa rasa terpaksa atau terseksa. 0wh ya, psal deposit rumah yang tinggal 2, rasanya x apalah kau ambil..anggaplah sebagai bayaran pil api dan air..atau..mungkin nnt kau kekurangan duit mahu shopping..gunalah..x apa..aku tidak mahu bergaduh dengan anak yatim..takut nnt x dihalalkan pulak.

Luncai..ternyata rumah baruku tuan rumahnya tidak sebaik rumahnmu. Paling tidak ku sangka sewanya amat mahal sekali. Tidak seperti rumah sewa saudara mu itu yang baik sekali, rumahnya juga cantik dan selesa..segalanya ada, dapur, peti sejuk, washing machine auto, tv siap dengan ASTR0 lagi

Malang sekali aku mendengar berita baru mengenaimu, kau sudah ditinggalkan teman yang lain juga. Aku rasa mungkin mereka tidak sepenyabar aku agaknya. Lagi pula aku dengar kau sanggup bergaduh dengan teman serumah kerana sewa bilik rakan sebiliknya yang keluar mendadak..patutlah aku seperti terdengar suara orang bergaduh semalam, menjerit seperti orang gila..0opps..maaf luncai, bukan maksudku menggelarmu gila...tapi kelihatannya begitulah..kau kurang dibelai ya? Atau kau ada masalah ditinggalkan teman lelaki? Dimarah bos?

Tak apalah luncai, aku ajak dia tinggal bersama ku di rumah baru ini. Kau tinggallah dirumah itu seorang ya...mungkin dirimu nnt lebih tenang..owh yaa, jangan lupa cuci toilet ya? Bukankah kau suka dengan kebersihan..sampah mu juga dibuang setiap hari..rumah dulu kau jaga begitu bersih sehingga tiada langsung habuk atau semut2 melata di lantai..aku kagum sekali.


Apa kata malam ini kita ke kelab malam. Boleh menghilangkan tekanan. Marilah, kau pkai la baju ku..bajumu itu tidak sesuai langsung..kau harus jadi lebih seksi..tunjukkan bentuk tubuhmu yang cantik itu..kulitmu yang polos..biar semua nnt tertarik denganmu..Apa? tak mahu? Alahai..janganlah begini, kita tinggal dibandar..persentankan ketimuran itu...Apa? aurat? Dosa ke kelab malam? Semua itu biasa di kota besar ini. Kita harus mengikut peredaran semasa. Tak perlu nak berlagak baik sentiasa..sementara masih muda ini..mari kita enj0y! Lupakan tentang keluraga dan agama sebentar..mari kita pergi bergoyang...alah...tak salah..keluaraga kita bukan tau p0n..mari..

Apa? Kau tak mahu berkawan denganku lagi? Kenapa luncai? Kau mahu menjadi seperti namamu itu? Owh ya..seperti peribahasa yang mengatakan biarkan si luncai terjun bersama labu-labunya itu? 0wh..seperti perbuatan mu juga kepada kawan-kawanmu. Kau hanya berbuat baik sekiranya kau memerlukan sesuatu ya? Seperti mana aku menjadi alat untuk kau disaat kau tidak memerlukan kawan yang lain? Ermm..aku penyabar? Eh..aku pentingkan diri? Huh..mungkin sudah tiba masanya aku mementingkan diriku setelah sekian lama aku bersabar denganmu..mengikut segala karenahmu..tetapi terima kasih aku ucapkan setidak-tidaknya aku tahu siapa kau yang sebenarnya. Ternyata kebimbangan kedua orang tuaku berasas..rasanya segala hutangku padamu sudah terjelas dengan sendirinya.

Owh..kau tahu apa yang kau sanggup lakukan kerana terlalu tenggelam dalam duniamu luncai..dan akibantnya, kau sendiri lihat betapa dunia kita terlalu berbeza walaupun kita pernah menjadi rapat dan sekiranya kau masih teringat apa yang berlaku dalam masa 4 tahun kebelakangan ini..kau menuduh aku menikam mu dari belakang..ermm..dalam ingatan mu mmg begitu..tetapi dalam pengetahuanku..itu hanyalah pendangan dar matamu bukan dari mataku. Berkali-kali aku mengalah denganmu dan mengiakan kesalahan yang bukan ku buat hanya kerana aku malas membesarkan sesuatu yang kecil pada mataku. Owh..dan bukan sepertimu yang terlalu angkuh dan riak kononnya mempertahankan maruah..maaf ya sekiranya aku berkasar..tetapi telah lama terpedam ku rasa. Mungkin juga kau lupa setiap kali kau ditinggalkan sendir aku menjadi teman bicaramu dan berkali-kali juga kau menyatakan akulah kawan baikmu dunia akhirat. Huh..apa pendapatmu sekarang?

Satu perkara lagi..walau setelah apa yang kau lakukan aku mungkin boleh mempertimbangkan semula berbaik denganmu tetapi kerana satu perkara yang kau lakukan dan menjerit bagai si gila di malam hari bertengkar dengan sahabat baik sekolah ku dahulu kerana kesalahan yang tidak dilakukan. Ternyata terus merubah persepsi ku padamu..kau menjadi seorang yang terlalu tidak adil dan mementingkan diri. Sanggup menipu pula 2? Jelas-jelas kebenaran ada di depan mataku..ternyata kuasa Allah swt itu maha besar. Dia membuka mataku seluas-luasnya melihat kekhilafan diri dan menyedarkan aku topeng disebalik wajahmu itu. Terima kasih kawan..oh..aku lupa kau memanggil ku so called friend ya..dan juga kau berkata aku ini apa? P_ _ _ _ _ R owh..terima kasih banyak diucapkan..semoga doamu itu menjadi pada diri mu.

Aku tahu aku bukanlah terlalu baik seolah bidadari suci yang tidak pernah melakukan salah. Bezanya aku dan engkau, aku tidak takut melakukan salah nak belajar dari kesilapan tetapi bukan kau..takut melakukan salah dan menunding jari kepada orang menggalas kesalahan yang telah kau lakukan. Bagai si monyet yang baling batu dan sembunyi tangan di belakang. Walau apa pun, TAHNIAH atas hadiah yang telah kau berikan dan terima sebagai pembalasannya.

Thursday, May 15, 2008

Cinta itu ada pelbagai kisah.

2 comments
Dalam cerita cinta kisahnya akan sentiasa berulang-ulang. Usia semakin bertambah, begitu jua pengalaman yanG semakin mematangkan diri. Hakikatnya kita tak akan pernah berhenti untuk belajar mengenal dunia..

Kerana itu, pelbagai juga kisah cinta yang menjenGah ke diari hati...aku teringat pada satu pepatah "wanita adalah insan yang lemah, dia akan segera berpaut pada dahan yang ada"
terkesima sebentar, mungkin itu jua yang terjadi antara kisah aku dan Al. Dia dahan yang paling dekat semasa aku terkapai tanpa sokongan. Kisah cinta itu bukan tragik tetapi lebih kepada kisah simbiosis, aku perlukan kau..dan kau perlukan aku. Tragiknya dia adalah lelaki yang ditinggalkan kekasih dan aku wanita yang kecewa dengan kebiadapan seorang rakan dan jauh dari keluarga. Memang jauh dari mimpi permainan yang direka membuatkan aku pula yang kecewa teruk setelah ditinggalkan (balasan agaknya kerana nawaitu yang tidak jujur diawal perkenalan.) Dia aku gambarkan seorang lelaki kota, bebas bers0sial, mementingkan cinta dan sedang cuba berubah baik tetapi gagal mengawal nafsu (ini aku bersyukur kerana ditinggalkan..ternyata Allah swt masih sayangkan aku)

Cinta itu dimulakan dengan kisah main tarik tali (hehe..). dengan mula ajakan keluar makan dan aku mengatakan 'ya'. dia terkejut, sangkanya aku akan men0lak dan memberi pelbagai alasan. Namun pelawaan itu berlangsung dengan jalinan satu hubungan dan tarikan yang tiba-tiba hadir apabila si dia mula menunjukkan minat menjadi serius. HUh...apa yang mau dipertimbangkan sangkaku..dia tetap lelaki KL yang nyata buayanya sudah kelihatan dari mula. Kadang2 terpikir jua mereka ini bersaing sesama sendiri untuk mene'test' kitaorag budak intern nie..tetapi kepercayaan itu terhakis dengan kesungguhannya. itu p0n lepas aku p0n dah test dia mcm2...jangan ingat aku bdK sek0lah bisa diperb0dohkan dengan cinta palsu mu itew..

Sudahnya..aku dan dia menjadi sahabat baik setelah masing2 bercerita dan sama2 menangis bercerita kisah cinta lalu..nyata dia terlalu sayang dengan insan dahulu..(aku? sudah mula melupakan yang lama memaut dari dahan ke dahan kerana enggan terjerumus= player).
Itu kisah mula tercipta rasa cinta itu antara aku dan Al..tapi seperti yang dijangka..aku dan dia terlalu jauh bezanya..langit dan bumi...dia terlalu 0pen dan mengharapkan hubungan yg mestilah 0pen..mujur iman walaupun x tebal tapi masih kenal d0sa pahala..alhamdulillah..aminn..


Walaupun tersungkur kejap frust nye..aku kuatkan semangat..itu p0n lepas demam mendadak 2minggu lamanya..wahaha~ well..cinta itu dtg dan pergi...pelbagai cara aku gunakan utuk menget 0verkan diri dari si Al itu..aku sh0ping beratus2..aku menjauhkan diri dengan berpindah ke bahagian lain..well..berjaya,,dia jauh dr pandangan mata..dan kesepian itu ku isi dengan apa yg ku rasa perlu...dan ketika ini aku mengenali naim..cintaku sekarang...nge..nge..

Kisah mulanya lebih ikhlas..seikhlas 0rangnya..jujur, sentiasa ada disaat aku memerlukan dan sentiasa mengutamakan aku dalam pelbagai segi. Dia mempunyai matlamat hidupnya walau pun latar belakangnya tidak sesempurna yang diharapkan. Mungkin ada hikmahnya pertemuan antara aku dan dia diaturkan. Dia ternyata lebih matang menghadapi hidup dan lebih bersikap melindungi dari Al..yang hanya tahu bercakap k0song tanpa berusaha memajukan diri.

Ternyata kisah bus dan perhentian b0leh kita jadikan panduan..seumpama dahan yang aku kisahkan dari awl tadi. Kita x kan tau apa yang akan kita temui jika kita enggan mencuba. kita x kan mengenali jika enggan berkenalan...macam x kenal makan x cinta la lebih kurang..tanpa keberanian..impian x akan jadikan kenyataan..jadi kepada kawan aku si anak raje s0rang nie..mari la mulakan hari mu, ciptalah kisah cintamu..cinta itu ada yang indah..ada yang menyakitkan..memedihkan dan menyedihkan...seumpaman kisah persahabatan dan pengkhianatan. Hidup ini x selalunya indah...terpulang pada kita untuk menceriterakan ia..menulis sendiri skrip perjalanan hidup..percayalah..pengalaman itu mematangkan hidup.

j0doh x akan datang kalau kita asyik mengharapkan kisah d0ngeng putera raja dtg meminang menjadi kenyataan. Walaupun ada keberangkalian itu..1%...kita sewajarnya berpijak pada dunia yang nyata. Tinggalkan kisah lalu dan binalah keyakinan mu untuk kembali merasai rasa cinta itu sendiri. G00d luck..

ps/: Hargai peluang yang ada..jangan asyik buat2 x nampak...

Followers

 

Langkah wekYah Copyright 2009 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Sponsored by Tadpole's Notez