Sunday, June 1, 2008

SURAT UNTUK SI LUNCAI


Surat untuk Si luncai

Hai..apa khabar?eh..salah..assalammualaikum w.b.k, maaf ya..agaknya sudah terbiasa dengan gaya hidup Kuala Lumpur ku..al maklumlah..kawan-kawanku semuanya bebas..kami kurang biasa dengan ucapan salam.

Eh..bukan bermaksud kiranya mahu menyindir..terasakah? Maaf ya luncai..owh ya..semalam bf ku datang ke rumah..bisingkah kami? Maaf sekali lagi ya..kami terlalu rindu untuk bermesra..biasalah..masing-masing terlalu sibuk dengan kerja. Tiada masa mahu berjumpa dan bersembang. Dia minta dibelai, rindu katanya, jangan bimbang, kami sudah pun selidiki, tiada pegawai pencegah yang naik sampai ke tingkat kita. Line clear.. Ermmm…bf mu sudah lama tidak kelihatan di rumah kita..kenapa ya? Bergaduh ke? Kita kan kawan baik..kalau apa-apa ceritalah..mana tahu boleh membantu.

Luncai..baik benar saudaramu, sewa rumah kita murah berbanding rumah lain..agaknya, ini bagusnya menyewa dengan saudara sendiri yea.terima kasih aku ucapkan kerana sudi menjemputku tinggal disini ya..segalanya mudah. Banyak pengangkutan awam, kawasannya juga selamat….rumahnya juga cantik. Beruntung dapat rumah disini kan..
Lagipun, susah payah kau tolong aku selepas apa yang terjadi dengan kawan2 rumahku dulu..mereka semua memang tak guna. Pentingkan diri, mentang-mentanglah dia itu ketua rumah, pikirnya itu rumahnya sendiri..suka-suka mengubah barang-brgku…sedangkan sewa kami sama-sama bayar. Nasib baik kau ada..

Luncai..selepas kejadian kemalangan kereta tempoh hari, aku sangka kau akan membenciku..rupanya kau sedikitmu tidak marah. Malahan kau sudi menenggung segalanya sendiri..kau kata itu salahmu sendiri kerana menyuruhku memandu sedangkan tahu aku memang tidak cekap memandu. Maaf ya, aku memang tidak mampu membayarmu. Aku bukanlah dari keluarga yang senang..tetapi aku berjanji aku akan membayarmu kembali suatu hari nanti tetapi kau segera menolaknya. Katamu bantulah keluargaku..ternyata kau amat baik..terima kasih ya luncai. Hanya Allah swt yang tahu betapa engkau amat mulia..hanya Allah swt yang mampu membalas segala kebaikannmu..

Maaf andainya aku telah mengkhianatimu berkali-kali, aku bukanlah perempuan yang baik. Aku keluar dari rumah tanpa pengetahuanmu..aku tidak mahu terhutang budi denganmu lagi. Cukuplah dengan segala yang kau lakukan untukku..aku mahu berdikari..mungkin kau keseorangan tapi kau akan bertemu kawan yang kebih baik dari ku. Mungkin lebih kaya dan sanggup menurut apa jua katamu dan mengiyakannya tanpa rasa terpaksa atau terseksa. 0wh ya, psal deposit rumah yang tinggal 2, rasanya x apalah kau ambil..anggaplah sebagai bayaran pil api dan air..atau..mungkin nnt kau kekurangan duit mahu shopping..gunalah..x apa..aku tidak mahu bergaduh dengan anak yatim..takut nnt x dihalalkan pulak.

Luncai..ternyata rumah baruku tuan rumahnya tidak sebaik rumahnmu. Paling tidak ku sangka sewanya amat mahal sekali. Tidak seperti rumah sewa saudara mu itu yang baik sekali, rumahnya juga cantik dan selesa..segalanya ada, dapur, peti sejuk, washing machine auto, tv siap dengan ASTR0 lagi

Malang sekali aku mendengar berita baru mengenaimu, kau sudah ditinggalkan teman yang lain juga. Aku rasa mungkin mereka tidak sepenyabar aku agaknya. Lagi pula aku dengar kau sanggup bergaduh dengan teman serumah kerana sewa bilik rakan sebiliknya yang keluar mendadak..patutlah aku seperti terdengar suara orang bergaduh semalam, menjerit seperti orang gila..0opps..maaf luncai, bukan maksudku menggelarmu gila...tapi kelihatannya begitulah..kau kurang dibelai ya? Atau kau ada masalah ditinggalkan teman lelaki? Dimarah bos?

Tak apalah luncai, aku ajak dia tinggal bersama ku di rumah baru ini. Kau tinggallah dirumah itu seorang ya...mungkin dirimu nnt lebih tenang..owh yaa, jangan lupa cuci toilet ya? Bukankah kau suka dengan kebersihan..sampah mu juga dibuang setiap hari..rumah dulu kau jaga begitu bersih sehingga tiada langsung habuk atau semut2 melata di lantai..aku kagum sekali.


Apa kata malam ini kita ke kelab malam. Boleh menghilangkan tekanan. Marilah, kau pkai la baju ku..bajumu itu tidak sesuai langsung..kau harus jadi lebih seksi..tunjukkan bentuk tubuhmu yang cantik itu..kulitmu yang polos..biar semua nnt tertarik denganmu..Apa? tak mahu? Alahai..janganlah begini, kita tinggal dibandar..persentankan ketimuran itu...Apa? aurat? Dosa ke kelab malam? Semua itu biasa di kota besar ini. Kita harus mengikut peredaran semasa. Tak perlu nak berlagak baik sentiasa..sementara masih muda ini..mari kita enj0y! Lupakan tentang keluraga dan agama sebentar..mari kita pergi bergoyang...alah...tak salah..keluaraga kita bukan tau p0n..mari..

Apa? Kau tak mahu berkawan denganku lagi? Kenapa luncai? Kau mahu menjadi seperti namamu itu? Owh ya..seperti peribahasa yang mengatakan biarkan si luncai terjun bersama labu-labunya itu? 0wh..seperti perbuatan mu juga kepada kawan-kawanmu. Kau hanya berbuat baik sekiranya kau memerlukan sesuatu ya? Seperti mana aku menjadi alat untuk kau disaat kau tidak memerlukan kawan yang lain? Ermm..aku penyabar? Eh..aku pentingkan diri? Huh..mungkin sudah tiba masanya aku mementingkan diriku setelah sekian lama aku bersabar denganmu..mengikut segala karenahmu..tetapi terima kasih aku ucapkan setidak-tidaknya aku tahu siapa kau yang sebenarnya. Ternyata kebimbangan kedua orang tuaku berasas..rasanya segala hutangku padamu sudah terjelas dengan sendirinya.

Owh..kau tahu apa yang kau sanggup lakukan kerana terlalu tenggelam dalam duniamu luncai..dan akibantnya, kau sendiri lihat betapa dunia kita terlalu berbeza walaupun kita pernah menjadi rapat dan sekiranya kau masih teringat apa yang berlaku dalam masa 4 tahun kebelakangan ini..kau menuduh aku menikam mu dari belakang..ermm..dalam ingatan mu mmg begitu..tetapi dalam pengetahuanku..itu hanyalah pendangan dar matamu bukan dari mataku. Berkali-kali aku mengalah denganmu dan mengiakan kesalahan yang bukan ku buat hanya kerana aku malas membesarkan sesuatu yang kecil pada mataku. Owh..dan bukan sepertimu yang terlalu angkuh dan riak kononnya mempertahankan maruah..maaf ya sekiranya aku berkasar..tetapi telah lama terpedam ku rasa. Mungkin juga kau lupa setiap kali kau ditinggalkan sendir aku menjadi teman bicaramu dan berkali-kali juga kau menyatakan akulah kawan baikmu dunia akhirat. Huh..apa pendapatmu sekarang?

Satu perkara lagi..walau setelah apa yang kau lakukan aku mungkin boleh mempertimbangkan semula berbaik denganmu tetapi kerana satu perkara yang kau lakukan dan menjerit bagai si gila di malam hari bertengkar dengan sahabat baik sekolah ku dahulu kerana kesalahan yang tidak dilakukan. Ternyata terus merubah persepsi ku padamu..kau menjadi seorang yang terlalu tidak adil dan mementingkan diri. Sanggup menipu pula 2? Jelas-jelas kebenaran ada di depan mataku..ternyata kuasa Allah swt itu maha besar. Dia membuka mataku seluas-luasnya melihat kekhilafan diri dan menyedarkan aku topeng disebalik wajahmu itu. Terima kasih kawan..oh..aku lupa kau memanggil ku so called friend ya..dan juga kau berkata aku ini apa? P_ _ _ _ _ R owh..terima kasih banyak diucapkan..semoga doamu itu menjadi pada diri mu.

Aku tahu aku bukanlah terlalu baik seolah bidadari suci yang tidak pernah melakukan salah. Bezanya aku dan engkau, aku tidak takut melakukan salah nak belajar dari kesilapan tetapi bukan kau..takut melakukan salah dan menunding jari kepada orang menggalas kesalahan yang telah kau lakukan. Bagai si monyet yang baling batu dan sembunyi tangan di belakang. Walau apa pun, TAHNIAH atas hadiah yang telah kau berikan dan terima sebagai pembalasannya.

2 comments on "SURAT UNTUK SI LUNCAI"

MiSz^cLaSsIc on June 5, 2008 at 9:05 AM said...

wow!

KaLaMkAbuT on June 18, 2008 at 8:15 AM said...

adoi!!!
hancur!luluh!punah!ranah!

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Followers

 

Langkah wekYah Copyright 2009 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Sponsored by Tadpole's Notez