Friday, May 20, 2011

enjit-enjit


Sekian lama menyepi dr berblog. Ku kira..dalam jangka masa yang berbulan ini tentu banyak yang berlaku disekeliling yang kadang aku alpa dan abai dari dimasukkan dalam kotak fikiran. Diam aku bukan seperti 'tin' sardin yang terlonggok dalam timbunan sampah sarap. Diam aku kerana gigih mencari tapak memulakan hidup yang lebih bermakna dan bermanfaat untuk diri dan orang sekeliling. Betul, Allah swt itu ada perancangan sendiri untuk setiap umatnya. Rezeki aku, mungkit sedikit lambat tapi, dalam tempoh masa yang panjang itu pelbagai yang telah aku pelajari dan ia bkn kerja sia-sia.
Alhamdulillah, usaha itu walau perlahan-lahan mula menampakkan hasil. Aku bangga walau sedikit tetapi ia tetap usaha dr kudrat sendiri tanpa bantuan keluarga. Saat ini, aku bangga untuk menghulurkan belanja kepada ibu walau hanya sekeping dua nota biru hijau. Itu titik peluhku. Terkenang saat ibu dan abah menghulur duit belanja dahulu kala..kini aku boleh berbangga...the circle is turning the other side.
Aku tahu, mulanya ia bukanlah kerjaya yang membanggakan tetapi percaya atau tidak. Adik-adik dan mungkin ada setengah boleh ku gelar anak-anak begitu memandang tinggi terhadap pekerjaan ku itu. Walau sementara, pekerjaan itulah yang membantu keyakinan diri yang telah rebah itu bangun semula. Aku ini manusia berguna, ijazahku bukan sia-sia!! walau tidak berjaya bergelar guru, aku juga se0rang pendidik dalam masa yang sama, aku juga mampu menjadi kaunselor. Tersenyum tatkala teringat kenangan-kenangan indah itu.
Walau berat, aku terpaksa melanggkah memulakan kerjaya baru. Mungkin ini lebih layak dengan taraf pendidikan walau tidak setinggi yang diharapkan. Namun, ia dipandang lebih terhormat di mata abah. Aku teringat, ada ceramah agama yang aku dengar menampar aku dengan ayatnya yang berbunyi sebegini
" jadilah anak yang dibanggakan kedua orang tua kerana itu adalah sebaik-baiknya balasan dia atas segala penat jerih mereka membesar dan mendidik kita dr kecil. Saat melihat si ibu menitiskan air mata dan saat ayah tersenyum bangga maka segala beban yang diusung selama hayat kita di dunia telah p0n dilangsaikan."
Maaf, aku lupa siapa ustaz itu. Mungkin saat itu aku tidak terlalu memberi perhatian pada siaran radio itu...namun, dia berjaya menarik aku dr alam lamunan saat ayat itu dituturkan. Maka aku tahu aku perlu lakukan ini demi kedua orang tuaku. Aku pernah menjerit, plzz...i need to 'like' my j0b!'...yes, aku tidak gembira dengan kerjaya baru ini. Aku terasa dikongkong. Terlalu banyak ragam protokol dan birokrasi. Al maklum sahaja bila berkhidmat demi negara..ada tangga hierarki yang perlu didaki satu persatu. Ini membuat aku rimas dan sedikit bebal..Aku cuba sabar dan sabar...dan setelah seminggu...aku berjaya...masuk kini minggu kedua seblm aku di post ke lokasi baru...aku harap...aku akan suka dgn kerjaya ini...klu bkn dgn kerja, mungkin dgn duitnya...hahaha

0 comments on "enjit-enjit"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Followers

 

Langkah wekYah Copyright 2009 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Sponsored by Tadpole's Notez