Tuesday, January 13, 2009

Kisah lama berulang lagi~


Sebentar tadi aku ditegur seorang kawan yang jarang menegur aku walau setiap hari aku dan dia sering 'available' di ym. Terkejut juga, yelah dalam hati timbul rasa pelik dan tertanya-tanya. Ada hal apa nie?

Dia : hey
Aku : y0..
Dia : kau sihat
Dia : kau tau ke apa jadi?
Aku : ha ape?
Aku : aku sihat jer..
Aku : napenye?
Aku : ape jadi?
Dia : bapak kau merisik aku
Aku : ceh..
Aku : bapak aku kat blkg tadi..
Aku : ape kes???
Dia : sungguh - mak aku telepon smalam
Aku : aduss..
Aku : mak k0 ckp pe?
Dia : dia cakap le bapak kau merisik aku
Aku : (muka x percaya)
Dia : kau pun taktau ke?
Aku : mana la aku tau..
Aku : ad0yai..
Dia : macam macam la orang tua
Dia : aku cakap kau dah ada bf
Aku : hah..
Aku : bgus..
Dia : memang btol kan?
Aku : yup..
Aku : nape?
Dia : tue la
Dia : aku pun tak paham apela diorang dok bejanji
Aku : klu x de x kan mak k0 nak msuk minang aku k0t..
Aku : aku lg x paham..
Dia : aku mana ada duit nak kawin kawin nie
Aku : haha~
Aku : aku mcm pikir kwen lagi 5-6 thn k0t..
Aku : keja p0n bl0m..
Dia : tue ah
Dia : serabut
Aku : mcm mana mak k0 ckp kat k0..
Dia : "Fadli ... ayah wATI dok tanya2 pasai fadli"
Aku : haha~

Macam kisah lama berulang lagi je aku rasa. Dulu masa aku tahun akhir diploma, abah aku nak jodohkan dengan anak kawan baik dia. Aku tak nafikan, memang hensem,sopan, belajar p0n bgus tapi macam x kena jer dengan aku. Mana tak nye, belajar agama dekat UIA 2..aku?? Masscomm beb...lawa x brape(cute 2 ade la) hehe..s0pan?? Jauh sekali..Dia datang umah, ku pandang p0n idak. Selagi dia ada kat umah selagi 2 la aku x kuar2 bilik (tanda protes!!).

Pelik sungguh, kenapa aku yang kena sedangkan akak aku yang tua belum lagi, abang aku p0n ade lagi. Bila aku korek2 cerita dekat mak aku, rupanya abah aku dah bersembang dengan kawan dia nak jodohkan anak masing2 sebab tak nak ikatan silaturrahim terputus. Anak dia yang masih single dan eligible adalah hamba allah 2 s0rang jer..namanya "firdaus"..huhu dan umurnya malang skali muda dr akak aku setahun dan tentulah aku yang ingin disuai padan.

Sudahnya, aku yang memang spesies rebellious nie sentiasa bertindak bertentangan dengan cadangan. Alasan aku memang banyak tapi aku bagi 5 jelah...

1. Aku tak akan kawen selagi kakak aku masih jugak single (harap2 x terkena batang idung balik la)
2. Time 2, aku masih 21 tahun dan aku punya cita2 yang melangit jugak.
3. Sebab aku x puas hati dengan rancangan mengkahwinkan aku mcm criter orang d0lu2.
4. Aku perhatikan kakak aku lebih rapat dengan si firdaus 2..(yelah, keja sama kan)jadi x mustahil kakak aku ade hati kat dia..atau dia ada hati kat akak aku walaupun diorang tau plannye nak padankan aku.
5. Aku tetap x suka bab kawen nie sbb aku kecik lagi..dan
6. Aku tambah satu lagi..What the hell my father was thinking that time!!!???

Then, dah habis kisah firdaus, datang plak kisah insan yang ke-2 mau dijodohkan aku. Adoii..aku penat btol la..dari asyik sebok nak bg kawen, elok la tlg carikan keja ke..ape ke..

Kisah ni berlaku lebih kurang setahun yang lalu. Semasa aku mula2 bertanggungjawab untuk menjalani latihan praktikal untuk melengkapkan ijazah kewartawanan ku. Sebok2 nak cari tempat praktikal, rumah sewa, maka abah perkenalkan seorang anak kawannya yang kerja di astro. Maka, berkenalan lah kami atas dasar aku mahu meminta bantuan dan dia mahu menjaga air muka orang tuanya. Walaupun, aku tidak menjalani latihan praktikal di astro, dia tetap menghulurkan bantuan saat aku mau pindah rumah. Terima kasih la sangat2 kat insan yang bernama fadhlisham nie..

Ringkasnya, masing2 tahu kalau kawen 2 bukan la tujuan kitaorg lagi. ..dengan open mindednye kitaorg leh bersemuka dan berbincang topik serabut ni bersama. Abah aku agaknya dah x sabar nak timang menantu dan cucu. Kakak aku pulak, asal ckp psal kawen trus tarik muka berela-ela. Dah macam-macam usaha aku dengar abah aku carikan calon. X cukup lagi, jiran2 p0n nak tolong carikan...(aku dengar je, sbb time 2 aku mana ada kat umah..hahaha~)Rupanya, sama je nasib kita0rg berdua nie.

Sambung balik kisah ke-2 nie, nasib la si sham ni spesies aku gak. Maka,sejak dari mula kitaorg slalu berbincang 'peel' mak dia dan bapak aku. Nasib la kitaorg sekepala dengan topik yang satu nie...maka, yg rebellious kali ni bukan aku s0rang...haha~ btol kan..hehe..

3 comments on "Kisah lama berulang lagi~"

buc on January 13, 2009 at 9:33 PM said...

hahahahah...hahahah...ahahahah

cik intan on January 14, 2009 at 6:59 AM said...

aih.... buc gelak besaq nampak...

wek yaH mula berleter... on January 14, 2009 at 8:55 AM said...

jangan gelakkan aku..cubit tau la buc nie..ish..~

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Followers

 

Langkah wekYah Copyright 2009 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Sponsored by Tadpole's Notez