Showing posts with label puisi hati. Show all posts
Showing posts with label puisi hati. Show all posts

Saturday, November 27, 2010

benG0ng

0 comments
Rasa mcm2 nak ngadu..tapi..tetiba rasa l0st...tiap bulan bila nak dtg bendera jepun mst nak em0 ngan naim...sian dia..=(
~nape bulan ni mcm cepat jerr...dah la nak kena tinggal 2 minggu..nnt teruk la rindu...haiy0oo..duduk kat msia p0n ssh nak smbg...ni kan plak luar negara...sayang...nnt rindu sayang...
~ naim dah ptg rambut...huhu..dulu slalu marah dia simpan rmbut panjang...tapi skang sedih plak..rasa mcm suka tgk dia rmbut panjang...

Saturday, April 17, 2010

Kau yg masih disini

1 comments
Rasa mcm dah terlalu lama sangatkan bl0g ni sepi...yup...sepi trus mcm x de tuan..Hakikatnya, ada tuannya..tapi tuannya terasa sepi di hati...walaup0n jenuh mulut berp0t pet sana sini. Entah kenapa hati terasa sepi..kalau dulu dalam hati ada taman, riangnya jiwa bila ada sese0rang yang disayangi. Yang menyayangi masih ada, tetapi tetapi sentuhannya terasa sepi.

Entah..itu je jawapan yg b0leh aku luahkan. Lately, my life seems miserable..i d0nt have time t0 think much..just g0 with the fl0w..what i sh0uld d0..i just d0 it..what i think i want 2 say...i just say it...i look n0rmal..but i am n0t...hati ni berkecamuk..x paham...c0mplicated, c0nfused...

Ini semua dugaan Allah swt untuk menduga hati kita sejauh mana kita ini yakin dengan adaNya dia. Jujur aku katakan...aku mudah goyah...hatiku mudah berkecamuk..hati ini milik siapa? Saat ada yang lain cuba mengetuk kembali pintu...aku mudah terpujuk untuk menduakan dia...Aku tahu aku kejam...aku tahu aku jahat..tetapi ada sebabnya aku begitu...kasih sayang bukan mudah untuk dijual beli..tetapi kasih sayang mudah pudar tanpa adanya harta duniawi....aku sentiasa berharap dia akan lebih jauh menilai hubungan kami...sem0ga dia x kan pernah terlambat untuk menyelamatkan aku dr terus hanyut cuba menyayangi yang lain..

maafkan aku andai gagal menerima mu seadanya...aku telah puas mencuba...hingga kini aku masih terus memujuk hati...kerana hati ini masih milikmu...sayang ini masih terlalu tebal..walau cinta ini kian terhakis..aku masih cuba bertahan..kerna kau yang pertama meyakinkan aku masih ada cinta yang sejati.

Thursday, January 14, 2010

kenapa aku menangis?

3 comments
Kenapa aku menangis? aku p0n xmengerti..yang pasti tiba2 aku menangis dengan teresaknya? apa sebabnya? aku x tau...mungkin aku rasa marah, geram, tapi aku x mampu marah...aku rasa benci, tapi aku x b0leh membenci...aku rasa menjadi mangsa ketidak adilan...tetapi inilah realiti dunia...segalanya bercampur baur...apa aku mampu buat...? hanya menangis...dan menangis..dan menangis lagi...

aku tahu aku lemah dalam sifat tegas...ya, aku mmg lemah...jgn percaya luaran..aku sukar menangis...dan cepat melenting...tapi kini, aku suka berdiam, dan mungkin lebih mudah tersentuh...

sabar itu ada hadnya...tetapi hari ini segalanya x menyebelahiku...lebih mudah mungkin hari yg malang...aku benci dgn hdp aku skang...benci menjadi pecacai lecturer..yg pandai mengampu, habuan lebih...yg kerja keras...? pandg sebelah mata...

bagaimana pula dgn si minah perampas katil dan bilik asrama ku...sudah la dtg x berjemput..bila kita mahu menuntut hak...dia buat x endah...bagai kita si peminta sedekah...

mak abah, bukan mahu bersikap anak derhaka...tapi kadangkala..terasa kasih syg dibahagi-bahagi...aku ni anak angkat ke?

ada bf..tapi bila mahu mengadu..dan teman berbicara...dlayan seolah mengganggu dan pengacau? Mungkin sudah ada yang b0san...

apa yang tinggal untukku? diri sendiri yang x berapa lawa, x berduit...dan x bekerjaya....x berumah..dan cuma mampu menangis....dan menangis...

mungkin esk akan lebih baik....? ya, cuba lelapkan mata..m0ga esok....hari akan lebih baik untukku...-end-

Sunday, September 6, 2009

raya ini

0 comments
hi there..been l0ng time i havent wrote anythg there..s0ry lots my friends out there..x tau la bila nak smpat buka p0sa ngan u'ol semua...pengumuman...saya free selaps kul 5 every weekdays..dan hujung minggu sy free..klu anda bg tau sy awal la..hehe..jadi klu nak ajak p mana2..that should be the time ok..sy x bnyak keja bln p0sa nie..maklumlah event yg ada p0n hanya dajak buka p0sa..hehe..kami break dr aktiviti dbulan p0sa..maka d 0fis..kami hanya relax dan prepare lembut2..aktiviti lepsa bulan p0sa..but then, my seniors..who did all the j0bs..well, apa la yg kita mampu buat,buat kang salah plak..klu sikit2 je x pe..klu bnyak??..all of them..10 years experienced maa.

Bulan ramadhan ni bnyak dugaan..starting dr dlm..smp kat luar..aku simpati dgn kawn aku..masalah dgn cinta..she's supposed to get engage by the end of this year..but then suddenly last nite..the guy broke up with her..=(

me? i remembered the time when things that similarly happened to me once. i felt weak..too weak to think anythg..hopeless..and now..i have problems..but then..i let him 2 decide..i love him..and i need him...i would never found another person like him..he's something special..too special..

dan utk kekawan...slamat mnyambut hari raya..klu ada slah dan silap minta dmaafkan la yea...halalkan mana yg patut...semoga hari raya kali ini menjadi hari yg bermakna utk kita semua...=)

Tuesday, July 28, 2009

perginya permata

0 comments
Kehilangan seniman terkenal yasmin ahmad memang satu kerugian kepada bidang perfileman dan pengiklanan negara. walau secara logiknya aku tidak pernah mengenali aruah secara peribadi, namun rasa sebak dan ingin menitiskan air mata tidak dapat tertahan saat aku mendapat tahu beliau sudah p0n menghembuskan nafas yang terakhir. Aku cuma seorang peminatnya yang memandang tinggi segala hasil tangan seninya...pernah sekali aku dan intan terserempak dengannya di taman tasik shah alam ketika kami berjogging. Bagai terpukau aku memandangnya..betapa aku mengaguminya..terlalu mengangumi hasil kerjanya, sehingga aku pernah berangan mahu bekerja di bawah produksinya. Belajar dari insan yang matanya 'celik' dalam mendidik manusia lain agar lebih bersifat 'manusia'.

Dia bukan malaikat yang harus disanjung tinggi..tetapi dia insan yang harus kita tangisi pemergiannya..kerana ketiadaannya bagai kehilangan se0rang 'teman baik' yang selama ini mengajar kita mengenali diri. Dia berani dalam meluahkan apa yang dirasanya, dan dia berjaya membuat kita menangis bersama dalam hasil karyanya. Dia mengajar kita berfikir..bukan sekadar mengajak kita berhibur. Aku yakin aku akan merindui semua karyanya...'peminat' kecil ini mungkin tidak jauh bezanya dari peminatnya yang lain, kerana kami ini 'lahir' dari hasil karyanya yang penuh dengan pengajaran tentang hidup. Yasmin mungkin menjadi anak tiri dalam industri seni negara sendiri..tetapi dia kuat dan bijak membina nama di negara luar yang lebih terbuka menerimanya sebagai penggiat seni yang berbakat. Namanya yang jenuh meniti bibir,karyanya yang jenuh dinanti-nanti, tidak pernah b0san ditonton..namun kini, tiada lagi yasmin ahmad..dan mungkin, industri seni negara akan lebih 'celik' untuk menilai..siapa itu yasmin sebenar??

padaku, dia jauh lebih bernilai dr michael jackson yang menari sambil memakai cawat diluar..!

Thursday, February 12, 2009

peti hati ku

0 comments
Dalam peti cinta itu,
telah ku letakkan hati dan,
telah ku kunci peti itu setelah, 
menerima kamu seadanya.

Wednesday, February 11, 2009

Doaku pada diri dan teman...

0 comments
Ya ALLAH,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu


Ya Muhaimin,
jika aku jatuh cinTa,
jagalah cintaku padanya,
agar tidak melebihi cintaku pada-Mu...


Ya ALLAH,
jika aku jatuh cinta,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.,,


Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu...


Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu..


Ya ALLAH,
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu..


Ya ALLAH,
jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu..


Ya ALLAH,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu..


Ya ALLAH,
jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu...


Ya ALLAH,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu,
kukuhkanlah Ya ALLAH ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu....
Ameen Ya Robb....

Monday, January 19, 2009

i aku p0n x minum susu!!

0 comments
    Aku baca ini di blog yang tajuknya..*i dont drink milk*..sesungguhnya..sgt menarik aku sebab aku adalah bukan peminum susu.  Hahahaha...i though i will find something that kind a something more like weird things..mcm..dia kutuk2 susu ke..ape ke kan..citer pengalaman dia x minum susu ke..hehe..whatever laa..but, it turn to something that made me stop and read the person profile..aku stare every story that she/he published...(do no, sebab dia x mention..but i guess 'she' maybe...hehe)..well..i know laaa..then i read some more post..yes, difinitely..a woman...

  I like this one sajak from post in that blog...really something ..

Cinta dan Hubungan Sesama Manusia. (http://idontdrinkmilk.blogspot.com/)

Semua kecoh tentang Gaza
Semua haru tentang Terengganu
Semua cemburu dengan Selangor baru
Semua muak hutang Kedah banyak
Semua tahi dengan Politik
Semua cari macam-macam taktik
Semua rasa bijak
Semua haprak


Dia baca Karl Marx
Dia baca Ibn Sina
Dia tahu Khalil Gibran
Dia komunis
Dia demokratik, sosialis
Dia hentam, dia polis
Dia sinis


Kamu bangga Islam
Kamu cemuh Kristian
Kamu kuat Jew
Kamu aman Buddha
Kamu tidak kisah mana-mana
Kamu bangga tiada
Kamu dan agama kamu


Hai kau!
Hai kau yang tahu semua
Hai kau yang baca semua
Hai kau dengan fikiran kau
Hai kau dengan wabak kau
Hai kau dengan kuasa kau
Hai kau dan kau!


Yang aku tanya tentang kau
Diri kau
Mengenai kau
Manusia kau
Niat kau


Yang aku tanya tentang hubungan
kau dengan kau
kau dengan emas kau
kau dengan makanan kau
kau dengan hati busuk kau


Yang aku tanya tentang diri kau
Masih fahamkah kau 
Tentang tulang kulit
badan kau kalau kau diminta
untuk dianatomikan
dengan arang yang hangit?


:weed and bandages 
(Aku benci untuk emosi tentang kuasa tamak manusia. Maafkan aku kerana aku bukan beria macam kau semua yang bebas ingin ambil tahu. Aku perlu cari aku yang satu lagi, baru aku akan faham tentang hubungan manusia.)


dan..dia gelarkan diri 'weed and bandages'..show dia juga seorang pejuang keamanan~tapi..actually..she is something else..heh..let i say.."different"

Sunday, December 7, 2008

huJan hati

0 comments
Aku mahu menangis,
Bersedih sendiri,
Kalau benar payah untuk kamu sayang aku,
Hujan turunlah..
Turun dengan lebat,
Hati aku mau menangis semahunya.

waLau kita jauh..

0 comments
Aku terluka dengan kamu,
Jujur aku katakan aku sayang,
Walau kadang ada ragu,
Aku tetap mahu kamu.

Semalam aku juga berkata jujur,
Aku takut kamu terlalu sayang aku,
Bukan x suka,
Tapi aku x mahu kamu terluka dengan sikap ku.

Bagai laut ada pasang surut,
Perasaan juga ada suka duka,
Terkadang aku mahu sedih sendiri,
Bukan mahu buang kamu.

Hidup aku masih jauh jalannya,
Aku bukan hidup semata mahu bercinta,
Aku mahu capai cita walau jalannya masih kabur,
Bukan mahu buang kamu.

Kamu pernah buat aku tertawa, senyum riang,
Kamu bawa cahaya saat aku jerih membilang hari,
Sebab itu aku sayang kamu dan aku tahu kamu sayang aku,
Aku cuma mahu kamu bersama aku.

Bagaimana untuk aku buat kamu faham,
Walau kita jauh berbeza,
Hati aku tetap ingat kamu,
Walau mungkin nanti kamu lupa pada aku,
Aku tetap sayang kamu.

Manusia b0doh

0 comments
Aku tahu aku bodoh,
Memang manusia bodoh,
Berkali-kali aku sakitkan hati kamu,
Berkali-kali juga aku mohon maaf.

Walau aku sayang kamu,
Hati penah retak,
Jiwa penah patah,
Aku juga hampir gila.

Aku bukan dewi,
Cinta itu perasaan,
Aku letak pagar untuk raguku,
Bukan salah kamu.

Bagaimana untuk kamu faham,
Kamu bukan dia dan dia bukan kamu,
Dia adalah masa silam,
Kamu ada masa kini ku.

Walau aku masih ingat dia,
Aku lebih ingat kamu,
Kamu dekat dengan hati aku,
Kerana kamu cinta hati aku.

Monday, November 24, 2008

HANYUT.

0 comments
Saat ku pejam,
Saat ku tidur,
Saat ku tawa,
Dan saat ku sunyi.

Namanya,
Senyumnya,
Rajuknya,
Dan Pujuknya.

Hadir membayangi tabir mata,
Menghulurkan rasa,
Menimbulkan ingin,
Membuatku sayang dan rindu.


Hadirnya membawa tawa dan tangis,
Wajahnya muncul membuai mimpi,
Membuat aku bahagia,
Sehingga aku enggan tersedar dari mimpi.

Jenuh ku halau dia agar jangan datang lagi,
Jenuh ku pujuk hati melepaskan dia,
Jenuh ku keraskan hati,
Dan jenuh ku mengisi hati tanpa dia.

Sudahnya,
Riuh di telinga,
Namun aku terus terpencil,
Jauh di dalam dunia sendiri.

Aku mahu terus tersenyum,
Terus gembira ,
Tanpa ada hadirnya nama itu,
Lantas aku cuba membenci.

Benci semahu hati ini,
Semakin kuat,
Hati semakin sedih
Dan terus merindu.

Lemah hati,
Longlai jiwa tanpa pujuknya,
Pundak ku meronta-ronta,
Ingin menatap wajah dan senyum itu.

Bagai suatu kuasa membuat aku tersedar,
Siapa aku dan siapa dia,
Dalam asyik dibuai rasa,
Aku jadi alpa dan khilaf.

Aku jadi malu,
Terlalu mudah melupakan,
Terlalu mudah hanyut,
Saat ini aku mahu kembali.

Kepada dia yang satu,
Yang sentiasa ada denganku,
Walau tanpa pernah kulihat,
Namun ku yakin dia selalu ada dengan ku.

Followers

 

Langkah wekYah Copyright 2009 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Sponsored by Tadpole's Notez