Aku terluka dengan kamu,
Jujur aku katakan aku sayang,
Walau kadang ada ragu,
Aku tetap mahu kamu.
Semalam aku juga berkata jujur,
Aku takut kamu terlalu sayang aku,
Bukan x suka,
Tapi aku x mahu kamu terluka dengan sikap ku.
Bagai laut ada pasang surut,
Perasaan juga ada suka duka,
Terkadang aku mahu sedih sendiri,
Bukan mahu buang kamu.
Hidup aku masih jauh jalannya,
Aku bukan hidup semata mahu bercinta,
Aku mahu capai cita walau jalannya masih kabur,
Bukan mahu buang kamu.
Kamu pernah buat aku tertawa, senyum riang,
Kamu bawa cahaya saat aku jerih membilang hari,
Sebab itu aku sayang kamu dan aku tahu kamu sayang aku,
Aku cuma mahu kamu bersama aku.
Bagaimana untuk aku buat kamu faham,
Walau kita jauh berbeza,
Hati aku tetap ingat kamu,
Walau mungkin nanti kamu lupa pada aku,
Aku tetap sayang kamu.
FB FANPAGE: THEBEAUTYHOLICS
11 years ago
0 comments on "waLau kita jauh.."
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.