Mmg benar, menangis b0leh membuat hati semakin ringan, otak semakin segar untuk memikirkan masa hadapan. Tolong jangan terganggu dengan tangisan aku yang lalu. Aku telah tinggalkan ia dibelakang. Aku tahu aku perlu kuat demi ibu tersayang. Aku tahu aku perlu sabar dengan karenah manusia selagi aku masih dibawah. Aku juga tahu bukan mudah untuk mendaki gunung yang curam.
Kadangkala, aku terasa terlalu lemah untuk menanggung sendiri. Mahu bercerita, tidak tahu mana mahu dimulakan sebabnya terlalu banyak yang terpendam berlumut dalam hati. Mulut tidak pernah ringan berbicara masalah hati. Hanya bercerita kisah suka hidup. Teman yang rapat kian sibuk dengan masalah kehidupan sendiri. Dahulu kala sedih ada teman penceria hari, kini teman yang rapat itu sukar dicari penggantinya. Yang ada bukan sama jantina dan sering disalah erti...enggan mencorak masalah lain, maka jurang harus dicipta.
Usia...agak sensitif utk se0rg wanita. harus..untuk aku yg slalu brangan, 25 adalah diketika aku sudah bergelar se0rg wanita bkerjaya...mungkin belum terlewat...aku masih mengejar harapan itu...aku mahu berjaya...
FB FANPAGE: THEBEAUTYHOLICS
11 years ago
1 comments on "Jika aku menangis lagi..."
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.