Monday, January 12, 2009

Diriku Yang Aneh


Simply the day started like always..bgun s0lat subuh then, smbg balik shif tid0 kali ke-2..the days since last 2 or 3 month seems wasting like nothing to do except enjoying the "cuti2 msia". However, today my day have to change. Why? Well..tabung kewangan dah mula menipis..hehe..simple reason tapi sangat kukuh alasannya.

Since i'm staying with my parents. S0, monetary issue never be the real reasons for me to 'wake up' from my mimpi panjang. Yelah, nak risau ape kan, makan, pakai semuanya ditanggung beres! yang jadi alasan kukuhnya bila bil tep0n semua kena bayar sendiri..phone dah ada due, tenet yang aku x penah guna since aku balik umah lagi..!! Adus..bala semua 2..gatal gi tukar bil sape srh...ni la hasilnya..tanam anggur kat dlam umah smpai kiamat p0n x leh tuai..huhu~

Maka, selepas berfikir semasak-masaknya dan dengan rasionalnya. Aku bersetuju dengan idea akak aku wat tuisyen kat umah. Hehe..macam x percaya p0n ade..aku ngaj0r BM dan BI untuk sekolah rendah jelah..tapi ni, jiran aku plak nak srh ngaj0r ank dia ting.2 plak..aduss..pikir balik....PMR...urmm...okeh..PMR aku result cantek..hehe..~

Tadi first clas aku dah start..dah ada 5 student skang..ngeh..ngeh..bleh la..best jugak ek ngaj0r..bdk2 nie buat kita teringat masa kecik2 dulu. Bleh plak aku tgh ngajor tetiba dia p berg0sip dengan kawan sebelah psal cikgu dia yang garang. Uishh...dalam hati..sabar2..budak2..aku dulu p0n mcm 2 gak..mentang2 la aku ni cute dan masih muda jelita..haha..apa jenis bahasa aku gune nie..ape2 jelah.

Banyak ben0r soalan masing2 nak tnya..semua nak berebut cikgu yang cute..kejap2.."cikgu2..!! no 7 ni mcm mana cikgu??" "Cikgu2...yang ni cikgu..mcm mana nak buat, x paham..." "Cikgu..mana aci asyik ajar adik jer.."...Adus...ade je yang x puas ati..ni br 3 orang..klu dah ramai lagi..mau pening migrain aku..isk..isk..

Agaknya,mcm ni la dulu aku buat kat cikgu tuisyen aku..sbb 2 aku kena balik menda yang sama..haha..tapi kalau nak kenang balik, cikgu aku dulu sayang gila ngan aku..faveret student si0t..sbb aku slalu dpat jwb s0alan dengan tepat! (haha..dengan nada riak). Bila dah hujung tahun hbs clas tuisyen, dia wat farewell party..siap peluk cium aku lagi..hehehe..tapi time 2, aku blur..sbb aku ni spesies x de perasaan skit..masa kecik2 dulu aku garang. Mana ada bdk laki rapat ngan aku. Baru nak susun ayat nak ngorat..dah kena marah..yang bt0l2 hardcore je brani ng0rat smpai depan rumah. Heh..teringat lagi aku, terkejut aku ada bdk laki smpai jemput kat depan umah nak ajak g sekolah petang skali naik basikal..hik..hik..Kalau nak ingat balik sejarah muda-mudi mau aku sengih s0rang-s0rang.

Macam2 kisah2 pelik ada. Aku penah bagi bdk laki nangis kena pukul ngan aku, aku penah kena berdiri depan kelas sbb nakal bagi kawan aku jatuh kerusi, tapi aku jugak la student yang glamer sbb tiap2 hari ahad naik pentas baca sajak,paling aktif bola jaring sampai jadi kapten team sekolah. Inilah muka pelari sekolah, inilah jugak muka bola baling dan inilah jugak muka ahli gimrama sekolah! Pendeknya, aku nye motif masa sekolah dulu, adalah naik pentas tiap2 minggu..haha..klu x baca sajak ke puisi ke..mesti gak kena naik amik adiah ke..ape ke..wajib!! (bakat terpendam k0t sbb 2 aku amik masscom).

Malangnya, bila lepas aku praktikal time ijazah nie aku jadi buntu, keliru, semua yang semaksud dengannya. Aku jadi hilang arah tujuan hidup aku. Aku jadi manusia yang paling aku x kenal. Dalam masa 3 bulan ni, jenuh aku berfikir apa yang aku mahu dalam hidup aku sebenarnya? Apa yang aku nak....kenapa aku jadi macam nie? Kadang-kadang aku jadi bimbang, apakah perkara lama berulang kembali? Sakitkah aku?

Hidup setiap manusia mmg berbeza. Nasib seseorang itu selalu kita dengar bergantung pada diri sendiri. Tak semua manusia dilahirkan sempurna,dengan kebahagiaan, kemewahan,dan kebijaksanaan. Mungkin aku bertuah sebab aku x perlu bersusah payah fikir macam mana nak cari duit sebaik abis belajar. Masih ada peluang nak membuang masa, berjalan ke sana sini, tetapi logiknya mungkin disebabkan itu aku jadi kurang menghargai apa yang aku miliki dan peluang yang hadir depan mata aku dan mungkin ada kiranya aku tersalah langkah menyakiti insan lain membuatkan dia jadi dendam dan benci untuk meihat aku di atas atau mencipta langkah kejayaan sendiri.

Sejak bila, aku tidak tahu rasa keyakinan dalam diri sudah tiada. Apa jua yang aku lakukan jarang membuahkan hasil. Lantas aku jadi terlalu mudah berputus asa. Mungkin kerana itu juga aku sedar aku sudah tidak sekuat dulu mengejar impian. Saat impian yang aku impi menjadi pudar ditelan waktu. Penglihatan jadi kabur dan aku jadi sibuk dengan acara yang lain untuk menutup rasa kesal terhadap diri. Bodohkan aku..?ya..jelas aku terlalu banyak berfikir dalam masa panjang "cuti2 msia " aku nie.

Saat bila aku melihat mereka2 itu berada di kaca tV tempat yang pernah ku jejak dan bertapak seketika aku jadi sesal. Kenapa aku terlalu mudah membiar peluang yang ada terlepas begitu sahaja sedangkan itu yang kuimpi sejak dari kecil. Perasaan cemburu itu mula hadir dan rasa kerinduaan itu mula bertapak di tangkai hati. Namun, bila ku fikir kembali. Aku takut..ya takut akan diri sendiri. Kerana aku adalah manusia yang sering hilang arah dan paling tidak kenal dengan diri sendiri. Aku bisa jadi lemah ada ketikanya dan menangis sendiri dalam hati. Meraung tanpa mahu didengar.

0 comments on "Diriku Yang Aneh"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Followers

 

Langkah wekYah Copyright 2009 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Sponsored by Tadpole's Notez