Tuesday, July 28, 2009

perginya permata


Kehilangan seniman terkenal yasmin ahmad memang satu kerugian kepada bidang perfileman dan pengiklanan negara. walau secara logiknya aku tidak pernah mengenali aruah secara peribadi, namun rasa sebak dan ingin menitiskan air mata tidak dapat tertahan saat aku mendapat tahu beliau sudah p0n menghembuskan nafas yang terakhir. Aku cuma seorang peminatnya yang memandang tinggi segala hasil tangan seninya...pernah sekali aku dan intan terserempak dengannya di taman tasik shah alam ketika kami berjogging. Bagai terpukau aku memandangnya..betapa aku mengaguminya..terlalu mengangumi hasil kerjanya, sehingga aku pernah berangan mahu bekerja di bawah produksinya. Belajar dari insan yang matanya 'celik' dalam mendidik manusia lain agar lebih bersifat 'manusia'.

Dia bukan malaikat yang harus disanjung tinggi..tetapi dia insan yang harus kita tangisi pemergiannya..kerana ketiadaannya bagai kehilangan se0rang 'teman baik' yang selama ini mengajar kita mengenali diri. Dia berani dalam meluahkan apa yang dirasanya, dan dia berjaya membuat kita menangis bersama dalam hasil karyanya. Dia mengajar kita berfikir..bukan sekadar mengajak kita berhibur. Aku yakin aku akan merindui semua karyanya...'peminat' kecil ini mungkin tidak jauh bezanya dari peminatnya yang lain, kerana kami ini 'lahir' dari hasil karyanya yang penuh dengan pengajaran tentang hidup. Yasmin mungkin menjadi anak tiri dalam industri seni negara sendiri..tetapi dia kuat dan bijak membina nama di negara luar yang lebih terbuka menerimanya sebagai penggiat seni yang berbakat. Namanya yang jenuh meniti bibir,karyanya yang jenuh dinanti-nanti, tidak pernah b0san ditonton..namun kini, tiada lagi yasmin ahmad..dan mungkin, industri seni negara akan lebih 'celik' untuk menilai..siapa itu yasmin sebenar??

padaku, dia jauh lebih bernilai dr michael jackson yang menari sambil memakai cawat diluar..!

0 comments on "perginya permata"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Followers

 

Langkah wekYah Copyright 2009 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Sponsored by Tadpole's Notez