Wednesday, October 15, 2008

Dahulu..Kini..dan MASA HADAPAN.


Sedar x sedar, dah hampir habis pengajian aku yang selama 5 tahun nie. Betapa keghairahan mengejar impian itu semakin tanpa sedar semakin menipis kian hari. Pelik?tetapi inilah yang berlaku pada hati aku.

Mengapa? pasti ramai akan tertanya. Aku sendiri kurang arif pada pemikiran sendiri. Betapa aku ini terlalu aneh sebenarnya. Kenyataannya inilah yang berlaku. Aku khilaf mungkin dalam menilai dunia yang terlalu luas ini. Aku impikan dunia yang aman, tetapi semakin hari dunia ini menjadi semakin kejam, buas dan rakus dalam mengejar kemahuan diri sendiri. Dunia bakal kerjaya ku mungkin banyak kisah 'liar' namun banyak 'pahala' yang sering tidak disebut.Jelas sekali kulihat apabila melangkah ke dunia sebenar walaupun hanya seketika, itu cukup untuk mengajarku apakah jenis dunia yang sedang ku diami ini. Betapa kawan mampu menjadi lawan, musuh menjadi sahabat. Sehingga sudahnya, aku kembali khilaf dalam menilai setiap manusia yang aku kenali.

Aku sedar setiap kenyataan yang dikeluarkan mampu memakan diri sudahnya. Seolah aku ini terlalu lemah untuk berdepan dengan kenyataan hidup. Terlalu mudah berputus asa, terlalu cepat membuat keputusan. Aku pernah berbicara hal ini dengan seorang wartawan yang juga dikenali juga kusebutkan namanya. Dia pernah juga mengalami apa yang kurasakan, namun dia memandang kerjayanya sebagai satu cara untuk dia menawarkan bantuan kepada yang memerlukan. Jika mahu mengejar kapital, sudah lama dia beralih syarikat namun bidangnya mungkin berlainan. Mungkin impak yang dihasilkan di sana idak sebaik apa yang dapat dihasilkan di situ. Dia sendiri pernah di saman berjuta-juta hanya kerana tersalah sidikit informasi tetapi itu bukanlah penghalang untuk mematahkan semangatnya. Dia menjadi semakin kuat dan semakin berani. Pengalaman di kejar gangster, diugut bunuh..semuanya pernah di alami tetapi dia tetap tegar menjalani kerjaya sebagai seorang wartawan. Betapa kedudukan kami terlalu jauh berbeza.

Apabila di buat perbandingan, aku ini terlalu lemah dan layaklah aku menarik diri sebelum aku ini terhanyut lebih jauh. Kerjaya pilihanku dahulu terlalu banyak menuntut pengorbanan masa, tenaga dan jiwa. Mungkin salah atau tidak adil aku berfikir begini, tetapi inilah pertimbangan yang kulakukan setelah berfikir dengan sewajarnya. Hanya tinggal seminggu lagi semester ini akan tamat dan musim peperiksaan akan menjelang. Aku mahu membuat yang terbaik. Aku mahu cemerlang. Namun, untuk bergelar seorang wartawan itu akan ku pertimbangkan kemudia. Terlalu penat ku rasa. Terlalu muak juga.

Kerjaya ini mengingatkan aku sesuatu dan tentang seseorang yang telah mengkhianati hatiku. Betapa aku mahu biarlah dia bahagian dengan dunianya. Aku terlalu hampa dengan perubahannya. Dunia itu telah mengubah kami menjadi terlalu pentingkan diri sudahnya nilai persahabatan itu menjadi soal yang paling jijik sekali. Segalanya dunia itu adalah mengenai wang, nama dan kuasa. Cukuplah, aku mahu menjadi insan biasa yang tahu dosa pahala, aku mahu menjadi manusia yang tahu erti harga diri dan yang tahu martabat tingginya kedua ibu bapa.

Kejilah aku semahu hati mu, aku bukanlah malaikat yang tidak pernah membuat salah. Namun, aku masih mahu menilai diri. Berfikir, salah benarku. Aku tidak mampu menjadi seangkuhmu. Sehingga hari ini, persoalan siapa salah dan benar masih bermain dalam mindaku. Tindakan ku adalah impak dari sikap dan perubahan mu. Aku sudah membenci dan aku sudahh mula memaafkanmu. Biarlah setiap hari kau menyumpah ku. Biarlah..padaku..apa yang ku lakukan adalah untuk menyedarkan kesilapan sendiri yang kau lakukan. Aku pernah mendoakan kezaliman mu itu di balas. Sudah cukup rasanya pembalasan yang kau terima dan aku mula doakan kau mula menyedari kesalahan diri. Semoga kau berubah. Namun, jika kau tidak pernah menyesali kesalahan diri maka aku doakan kau akan terus sesat dalam duniamu sendiri. Semoga cahaya keinsafan itu menyinari hatimu. Kita x kan mampu untuk hidup sendiri dalam dunia. Untuk bahagia, kita perlukan sokongan dan kasih sayang. Wang, bukanlah segalanya.

2 comments on "Dahulu..Kini..dan MASA HADAPAN."

Rmz on October 16, 2008 at 1:14 AM said...

Kite idup di akhir zaman,byak sgt cabarannya.....

KaLaMkAbuT on October 27, 2008 at 7:29 AM said...

ye.. wang bukan segalanya.. tp ia ada segalanya..

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Followers

 

Langkah wekYah Copyright 2009 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Sponsored by Tadpole's Notez