Thursday, September 11, 2008

meNiti Ramadhan seorang pelajar..


Penat benar rasanya tubuh ketika pulang selepas seharian menjadi pendengar setia kepada segala isi kata-kata yang dimuntahkan pensyarah. Lesu juga terasa bila bersengkang mata menyiapkan kerja-kerja yang ditugaskan. Saat ini, diri kembali terkenang alangkah seronoknya bekerja. Bukan apa, penat kerja..berbayar..penat belajar...lambat sikit bayarannya..malahan perlukan wang pendahuluan pula..teringat aku hutang ptptn yang keliling nie..aduh..~

Kukira agak lama juga aku tidak menjengah laman blog ini, bukan apa sibuk dengan urusan lain. Tugasan mula menimbun. Almaklumlah, penat dengan kelas, tugasan pula menjerit-jerit disiapkan. Itu belum termasuk dengan urusan kendalian koloium yang mula mendekat. Bulan ramadhan ini ternyata bulan yang amat mencabar kukira. Minggu depan sahaja, aku ada 2 presention yang harus disiapkan padahal satu isi p0n belom aku jengah. Penat rasanya setiap hari memerah otak. Terasa rindu pula pada aktiviti kegilaan aku. Arghh..aidilfitri segeralah tiba...aku x sabar mahu pulang ke kampung dan makan ketupat..hahaha~

Dalam pada itu, aku beransur lega. Hanya tinggal bebrapa bulan sahaja aku bakal menamatkan hari-hari aku sebagai pelajar. Tidak sabar rasanya. Sekurangnya, ringan sedikit bahu ini..xperlulah aku asyik memikirkan cara mahu meng0rat wang belanja dai abah atau mak..bukan mereka x mampu, lebih dari mampu. Anak ini terasa penat mahu meminta, kalau boleh mahu berdikari. Cadangnya awal semester tempoh hari mahu bekerja sambilan tapi setelah ditimbal balik..memang x sempat. Dengan pelbagai keserabutan dan tugasan. Tambahan pula dengan memikirkan dengan kondisi minyak yang makin meningkat..aku batalkan penggunaan kereta..dan kuhantar balik kampung. Bukan apa, mahal sungguh minyak..tak termampu aku..dengan kondisi sebagai pelajar. Penggunaan kereta akan melibatkan peningkatan pada duti hiburan dan kegilaan..haha~

Heningnya ramadhan ini, kali terakhir aku menyambutnya dengan gelaran seorang pelajar di UiTM ini..kehangatannya sungguh aman terasa walaupun tersembunyi pelbagai kisah di sebaliknya. Ramadhan ini tentunya akan menjadi kenangan buat kelas 6C(lompat) Ijazah Kewartawanan(kepujian), Uitm semester Disember 2006. Disebalik pelbagai latar belakang, semua berkumpul dan bekerjasama menjayakan tugasan untuk meraih segulung ijazah. Ramadhan ini paling bermakna buat kami semua. Selamat Hari Raya. Semoga apa yang kita jayakan akan berjalan dengan lancar seperti yang kita mahukan.

1 comments on "meNiti Ramadhan seorang pelajar.."

KaLaMkAbuT on September 13, 2008 at 8:25 AM said...

hmmm..masa utk kamu mula mencari kerja. mulakan dr sekarang yah! byk kan memory rmadhan ini dgn teman,musuh juga kekasih huhuhu.. kita jumpa afta raya yah!

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Followers

 

Langkah wekYah Copyright 2009 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Sponsored by Tadpole's Notez