Wednesday, July 9, 2008

Kegilaan yaNg penuH kepuasaaN..



Suatu kisah tentang kegilaan anak muda yang baru terlepas dari sangkar pengawasan keluarganya yang dikongsi bersama kedua teman. Apa yang berlaku bukan sesutu yang pelik tetapi dikira agak extreme sekali kerana kisahnya amatlah mengejut sekali.

Dia amat mengimpikan sesutu keseronokkan tanpa kawalan buat seketika. Merasai kebebasan setelah terlalu lama terperap macam ikan masin dalam rumah. Seperti sudah terlalu lama rasanya terpenjara dek kebimbangan keluarga yang telalu mahu menjaga nama baik kononya. Seolah anak ini masih terlalu budak sedangkan sudah mancapai umur yang sepatutnya dilepaskan berdiri atas kaki sendiri..melepasi sudah umur had 18 tahun dalam jagaan. Biar puas dan berbuih mulut berkata 'diri ini tahu dijaga, maruah keluarga tidak akan tercalar!.' Sedikit pun tidak terlekat di minda mereka bahawa anak ini sudah melangkah jauh dalam hidupnya dan punya kehidupan sendiri yang mahu dilalui tetapi masih enggan dilepaskan dia menikmati hidupnya seperti muda-mudi yang mahu melakukan kerja gila sekali-sekala..

Namun, akhirnya kegilaan ini dapat dicapai dengan bantuan mereka jua..dendam ini menjadi ikan masin selama 2 bulan, dapat dilunaskan walau pelbagai cabaran di lalui. Aku berjaya...YESS!!! dan aku puas melakukan kegilaan ini..hahaha~

Benarlah..nikmat kegilaan ini amat manis sekali..teringat-ingat aku keluasan lautan di PD, kesejukan udara pagi ditepi pantai..nyanyian sumbang di awal pagi di tepi pantai...dan tentunya perjalanan merentas belantara menikmati kesejukan air jeram yang berapa jeram sangat 2..tapi adanya ikan-ikan spa itu menjadikan itu bukan suatu kerugian.

Akhirnya aku merasai jua kebebasan yang aku impi akibat dari kegilaan ku..hahaha..dan kepada dua sahabat..terima kasih ya kerna menurut kata hati dan kegilaan kepala ini walau kepenatan puas menurut diri..L0ve u twice...my l0ve and my dArling... =)

0 comments on "Kegilaan yaNg penuH kepuasaaN.."

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Followers

 

Langkah wekYah Copyright 2009 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Sponsored by Tadpole's Notez